Pekerja kilang maut motosikal terbabas

Keadaan motosikal yang ditunggang mangsa. - Foto: IPD Kota Tinggi
Keadaan motosikal yang ditunggang mangsa. - Foto: IPD Kota Tinggi
A
A
A

KOTA TINGGI – Seorang pekerja kilang maut selepas motosikal yang ditunggangnya terlibat dalam kemalangan di Kilometer 57.5, Jalan Kota Tinggi-Kluang pada Jumaat.

Menurut Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintenden Yusof Othman, siasatan awal mendapati kejadian berlaku kira-kira jam 11.35 pagi apabila motosikal jenis Yamaha YZF-R15 yang ditunggang mangsa dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas sendiri.

“Siasatan mendapati mangsa merupakan lelaki warga tempatan berusia 21 tahun yang sedang melalui jalan berkenaan.

“Setibanya di lokasi kejadian, motosikal yang ditunggang telah hilang kawalan hingga menyebabkannya terbabas.

“Akibat kemalangan itu, mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Tambah Yusof, mayat mangsa telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Kota Tinggi untuk tindakan lanjut.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Seorang pekerja kilang maut dalam kemalangan di Jalan Kota Tinggi - Kluang
  • Kemalangan berlaku pada jam 11.35 pagi melibatkan motosikal jenis Yamaha YZF-R15 yang hilang kawalan
  • Mangsa adalah lelaki warga tempatan berusia 21 tahun
  • Mangsa mengalami kecederaan parah di kepala dan meninggal di tempat kejadian
  • Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!