Penunggang maut motosikal bergesel, terbabas

Tangkap layar kemalangan membabitkan dua buah motosikal di Kilometer 9.5 Lebuhraya Linkedua arah selatan, awal pagi Jumaat.
Tangkap layar kemalangan membabitkan dua buah motosikal di Kilometer 9.5 Lebuhraya Linkedua arah selatan, awal pagi Jumaat.
A
A
A

SKANDAR PUTERI – Seorang penunggang motosikal maut dalam kemalangan membabitkan dua buah motosikal di Kilometer 9.5 Lebuhraya Linkedua arah selatan, awal pagi Jumaat.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner M Kumarasan berkata, siasatan awal mendapati kejadian berlaku kira-kira jam 6.30 pagi apabila motosikal ditunggang mangsa berusia 28 tahun bergesel dengan sebuah lagi motosikal di lokasi kejadian.

“Akibat perlanggaran itu, mangsa terbabas dan tercampak ke bahu jalan sebelah kanan sebelum kepalanya terkena besi penghadang jalan.

“Mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya dalam kenyataan, pada Jumaat.

Tambah beliau, seorang lagi penunggang motosikal yang terlibat dalam kemalangan terbabit mengalami kecederaan patah tangan kanan dan kini sedang menerima rawatan di Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor Bahru.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 iaitu menyebabkan kematian kerana memandu secara melulu atau berbahaya.

“Orang awam atau saksi bebas yang mempunyai maklumat berhubung insiden ini diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Kaunter Aduan BSPTD Iskandar Puteri di talian 07-5101322,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Seorang penunggang motosikal maut dalam kemalangan di Lebuhraya Linkedua
  • Kemalangan berlaku kira-kira jam 6.30 pagi apabila dua buah motosikal bergesel
  • Mangsa berusia 28 tahun terbabas dan kepalanya terkena besi penghadang jalan
  • Seorang lagi penunggang cedera patah tangan kanan, kini dirawat di Hospital Sultanah Aminah
  • Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!