Gempa bumi 5.7 skala Richter, tiga maut dihempap pagar

Gempa bumi yang menggegarkan Dhaka berukuran 5.7 pada skala Richter pada Jumaat. Foto Reuters
Gempa bumi yang menggegarkan Dhaka berukuran 5.7 pada skala Richter pada Jumaat. Foto Reuters
A
A
A

DHAKA  - Sekurang-kurangnya tiga orang maut apabila pagar penghadang sebuah bangunan runtuh selepas gempa bumi kuat melanda kawasan Koshaituli, Dhaka pada Jumaat, lapor United News of Bangladesh (UNB).

Timbalan Pesuruhjaya Bahagian Lalbagh Polis Metropolitan Dhaka, Mallik Ahsan Uddin Sami berkata, identiti mangsa belum dapat disahkan.

Selain itu, ramai pekerja di beberapa kilang di Gazipur dilaporkan cedera ketika mereka bergegas keluar menyelamatkan diri sewaktu gegaran berlaku.

Gempa bumi berukuran 5.7 pada skala Richter menggegarkan Dhaka dan beberapa kawasan lain di Bangladesh pada pagi Jumaat, menurut Jabatan Meteorologi Bangladesh (BMD).

Gegaran berlaku sekitar 10.38 pagi dan berlanjutan hampir satu minit.

Menurut BMD, pusat gempa terletak 13 kilometer di timur Pusat Seismik BMD di Agargaon, Dhaka. - Bernama-UNB

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Tiga orang maut akibat runtuhan pagar penghadang bangunan di Dhaka selepas gempa bumi
  • Identiti mangsa yang maut belum dapat disahkan
  • Pekerja di beberapa kilang di Gazipur cedera ketika bergegas keluar sewaktu gempa
  • Gempa bumi yang menggegarkan Dhaka berukuran 5.7 pada skala Richter
  • Pusat gempa terletak 13 kilometer di timur Pusat Seismik BMD di Agargaon, Dhaka

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!