Gempa baharu 7.0 skala Richter, gunung berapi tidak aktif meletus

Kepulan asap tebal dibebaskan Krasheninnikov yang meletus buat pertama kali dalam tempoh 450 tahun. Foto Agensi
Kepulan asap tebal dibebaskan Krasheninnikov yang meletus buat pertama kali dalam tempoh 450 tahun. Foto Agensi
A
A
A

MOSCOW – Ombak tsunami diramalkan melanda tiga kawasan di Kamchatka, kawasan Timur Jauh Rusia selepas gempa 7.0 skala Richter menggegar Kepulauan Kuril berhampiran, menurut Kementerian Perkhidmatan Kecemasan pada Ahad.

"Ketinggian ombak itu dijangka rendah, namun orang ramai dinasihatkan tidak menghampiri tepi pantai," ujar kementerian itu menerusi mesej dikongsikan di aplikasi Telegram selepas aktiviti seismik terbaharu dikesan di lokasi berkenaan.

Sistem Amaran Tsunami Pasifik yang mengukur gempa itu bagaimanapun tidak mengeluarkan amaran tsunami.

Beberapa hari selepas insiden gempa kuat pada minggu lalu, gunung berapi Krasheninnikov di Kamchatka dilaporkan meletus buat pertama kali dalam tempoh 450 tahun.

Aktiviti vulkanik itu dikatakan ada kaitan dengan gegaran yang mencetuskan panik kepada lebih 12 negara yang turut menyebabkan gunung berapi paling aktif, Klyuchevskoy meletus dan memuntahkan lava.

"Letusan terakhir Krasheninnikov adalah pada 1550. Ia turut membebaskan kepulan asap tebal sehingga 6,000 meter ke permukaan udara. Tiupan angin membawa awan debu itu ke arah timur menuju ke Lautan Pasifik. Mujurlah tiada kawasan penempatan di sepanjang laluannya," ujar kementerian itu lagi.

Sebagai langkah berjaga-jaga, pihak berkuasa turut mengaktifkan kod penerbangan jingga (risiko lebih tinggi kepada pesawat). - Agensi

 

INFO

Artikel Berkaitan:

Kepulauan Kuril terbentang dari hujung selatan Semenanjung Kamchatka. Pada Rabu lalu, saintis Rusia memberi amaran gempa susulan yang kuat berpotensi berlaku di wilayah itu dalam beberapa minggu akan datang.

 

 

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!