Pertukaran KP Imigresen ada elemen rasuah?

Khairul Dzaimee Daud
Khairul Dzaimee Daud
A
A
A

PUTRAJAYA - Jawatan Ketua Pengarah Imigresen terus menjadi kontroversi apabila Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dilapor sedang menyiasat mengenai pertukaran jawatan itu yang berkemungkinan mempunyai kaitan dengan percubaan menganugerahkan kontrak IT agensi itu yang bernilai RM3.5 bilion.

Memetik laporan Malaysiakini, sumber berkata, SPRM telah menerima maklumat tersebut.

"Jika anda ingat, hujung tahun lalu, Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan kerajaan memutuskan untuk membatalkan projek Sistem Kawalan Imigresen Nasional (SKIN) yang bernilai RM3.5 bilion," katanya.

Sumber berkata, banyak alasan diberikan berhubung pembatalan projek tersebut bgaimanapun pihaknya menerima maklumat bahawa KDN memutuskan untuk menyerahkan perlaksanannya kepada syarikat lain.

"Syarikat ini dikatakan mempunyai kaitan dengan pegawai kanan dalam KDN.

"Ia projek sama untuk kos yang sama, dengan penjenamaan semula untuk beri nama baru," kata sumber.

Sumber turut mendakwa pegawai kanan yang dikaitkan dalam isu berkenaan dijadualkan untuk dipindahkan ke kementerian lain namun ia tidak berlaku susulan campur tangan "orang atas".

"Pertukaran terbaru bagi jawatan Ketua Pengarah Imigresen dikatakan mempunyai kaitan dengan pegawai kanan itu yang berada dalam kementerian.

Artikel Berkaitan:

Penyiasat sedang meneliti perkara ini. Sekiranya terdapat bukti rasuah, ia merupakan kesalahan serius dan akan ditangani mengikut undang-undang seperti mana-mana kes rasuah lain," kata salah seorang sumber.

Pada Disember lalu, Muhyiddin mengumumkan, kabinet memutuskan untuk membatalkan projek SKIN dan digantikan dengan sistem dalam talian sepenuhnya yang digelar myIMMs Global.

Kerusi Ketua Pengarah Imigresen menjadi panas apabila Datuk Jamil Rakon hanya sempat menggalas tanggungjawab itu cuma empat hari selepas menerima Nota Serah Tugas daripada mantannya, Datuk Seri Mustafar Ali pada 10 Januari lalu.

KDN pada Ahad lepas kemudiannya mengumumkan Datuk Khairul Dzaimee Daud menjawat jawatan itu.

Semalam, Muhyiddin dalam sidang medianya berkata, lantikan Jamil diluar pengetahuannya.

[ARTIKEL BERKAITAN: Lantikan Jamil tanpa pengetahuan menteri]

Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) Datuk Borhan Dolah berkata, jawatan Ketua Pengarah Imigresen tidak memerlukan rujukan Menteri kerana jawatan itu tidak tersenarai dibawah Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Utama.

[ARTIKEL BERKAITAN: Jawatan KP Imigresen tidak perlu rujukan menteri]

Khairul ketika ditemui selepas Majlis Amanat Tahun Baharu KDN enggan mengulas mengenai dakwaan lantikan sebagai lantikan kroni.

[ARTIKEL BERKAITAN: Lantikan kroni: KP Imigresen enggan ulas lanjut]