Remaja 14 tahun rekrut terbaharu akademi Valentino Rossi

Casadei (kanan) menuntut ilmu dengan Rossi di Akademi VR46. Foto Agensi
Casadei (kanan) menuntut ilmu dengan Rossi di Akademi VR46. Foto Agensi
A
A
A

AKADEMI VR46 Riders milik Valentino Rossi memperkenalkan anggota terbaharu mereka, Leonardo Casadei, pelumba berusia 14 tahun dari Romagna, Itali.

Casadei yang dilahirkan pada 2011 dan menamatkan saingan ESBK Talent Cup di kedudukan ke-11 keseluruhan musim ini, muncul pelumba kedua direkrut VR46 Riders.

Sebagai rekod, juara keseluruhan ESBK Talent Cup 2025 diraih pelumba Malaysia, Qabil Irfan Azlan.

“Masuk Akademi ini memang impian saya dan kini menjadi kenyataan.

“Terima kasih kepada Rossi, Carlo Casabianca dan pasukan.

“Sokongan keluarga sangat bermakna dan saya sedar kerja keras baru bermula,” kata Casadei.

Casabianca, CEO VR46 Riders Academy menyifatkan kemasukan Casadei sebagai pelaburan tepat untuk pembangunan bakat muda.

“Kami sentiasa menekankan pembentukan pelumba muda dan Leonardo memiliki ciri yang tepat untuk meneruskan perjalanan ini bersama Akademi,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Akademi VR46 menandakan pencapaian baharu apabila Celestino Vietti menjadi anggota kelima yang berpeluang menunggang jentera MotoGP.

Artikel Berkaitan:

Vietti merasai pengalaman pertama mengendalikan Ducati Desmosedici ketika menggantikan Franco Morbidelli yang cedera pada ujian rasmi di Grand Prix (GP) Valencia, 18 November lalu.

Ringkasan AI

  • AKADEMI VR46 Riders milik Valentino Rossi memperkenalkan anggota terbaharu mereka, Leonardo Casadei, pelumba berusia 14 tahun dari Romagna, Itali
  • Casadei dilahirkan pada 2011 dan menamatkan saingan ESBK Talent Cup di kedudukan ke-11 keseluruhan musim ini
  • Juara keseluruhan ESBK Talent Cup 2025 diraih pelumba Malaysia, Qabil Irfan Azlan
  • Casabianca, CEO VR46 Riders Academy, menyifatkan kemasukan Casadei sebagai pelaburan tepat untuk pembangunan bakat muda
  • Celestino Vietti menjadi anggota kelima dari Akademi VR46 yang berpeluang menunggang jentera MotoGP

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!