[VIDEO] 'Jangan beli 'kereta baharu', GRS boleh terus pecut' – Masiung Banah

A
A
A

LIBARAN – Naib Presiden Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat), Datuk Masiung Banah mengandaikan kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) sebagai sebuah ‘kenderaan’ yang boleh ‘dipecut’ serta-merta.

Menurutnya, jika menggunakan ‘kenderaan’ baharu (parti baharu), sudah tentu ia memerlukan masa untuk membiasakan diri memandu dan tidak boleh terus dipandu laju. Jelasnya, begitulah juga analogi terhadap kerajaan GRS.

"Kalau parti baharu membentuk kerajaan, tentunya mereka mengambil masa untuk menyusun pelbagai perkara terlebih dahulu.

"Tetapi, GRS sudah membuktikan dalam dua, tiga tahun ini, perubahan itu sudah kita nampak dan tidak seteruk sebelum itu.

"Perancangan pembangunan sudah ada dan sedang berjalan. Seperti 'kereta' sudah kita biasa, kita boleh pecut terus," katanya dalam sidang media sempena Program Suara Rakyat, Telinga Pemimpin, di Libaran, pada Khamis.

Masiung Banah
Masiung Banah

Masiung turut menzahirkan keyakinan bahawa GRS berjaya menawan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Sibuga yang ditandingi Datuk Amirshah Yaakub.

 

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Naib Presiden Parti Gagasan Rakyat Sabah mengandaikan kerajaan Gabungan Rakyat Sabah sebagai kenderaan yang boleh dipecut serta-merta
  • Menggunakan kenderaan baru memerlukan masa untuk membiasakan diri tidak seperti kerajaan GRS yang sudah berpengalaman
  • GRS telah membuktikan kemampuan dalam dua, tiga tahun terakhir dengan perubahan yang positif
  • Perancangan pembangunan sudah berjalan menunjukkan kerajaan GRS boleh terus maju dengan cepat
  • Masiung yakin GRS berjaya menawan kerusi DUN Sungai Sibuga

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!