MAIDAM, EPIC Berhad laksana agihan zakat RM68,529 kepada 100 penerima

Muhtar (kiri) menyampaikan sumbangan zakat kepada salah seorang penerima pada majlis agihan zakat yang diadakan di Dewan Serbaguna EPIC Berhad di Kemaman pada Khamis
Muhtar (kiri) menyampaikan sumbangan zakat kepada salah seorang penerima pada majlis agihan zakat yang diadakan di Dewan Serbaguna EPIC Berhad di Kemaman pada Khamis
A
A
A

KEMAMAN – Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) terus memperkukuh usaha menyalurkan bantuan kepada golongan asnaf fakir dan miskin menerusi program agihan zakat oleh EPIC Berhad pada Khamis.

Program yang melibatkan seramai 100 penerima itu merupakan sebahagian daripada tanggungjawab sosial korporat (CSR) EPIC Berhad, yang juga antara pembayar zakat terbesar di Terengganu.

Pada program tersebut, sumbangan berjumlah RM68,529 bagi fasa pertama telah disalurkan kepada 100 penerima, terdiri daripada 80 asnaf fakir miskin dan 20 pelajar yang melanjutkan pengajian.

Ahmad Azrin (kiri) menyerahkan cek cura wakalah majikan atau potongan zakat berjadual kepada Muhtar (tengah) pada program agihan zakat kepada 100 asnaf di Dewan Serbaguna EPIC Berhad di Kemaman pada Khamis.
Ahmad Azrin (kiri) menyerahkan cek cura wakalah majikan atau potongan zakat berjadual kepada Muhtar (tengah) pada program agihan zakat kepada 100 asnaf di Dewan Serbaguna EPIC Berhad di Kemaman pada Khamis.

Ketua Pegawai Eksekutif MAIDAM, Profesor Madya Datuk Dr Ahmad Azrin Adnan berkata, program tersebut menunjukkan peningkatan penglibatan pembayar zakat dalam membantu komuniti setempat.

“MAIDAM sentiasa memastikan setiap sumbangan zakat diagihkan dengan telus dan tepat kepada golongan yang memerlukan.

“Kerjasama dengan EPIC Berhad ini membuktikan bahawa sinergi antara institusi zakat dan pihak korporat mampu memberi manfaat secara langsung kepada masyarakat.

“MAIDAM berharap kerjasama sebegini dapat diteruskan pada masa akan datang, dengan penglibatan lebih ramai pembayar zakat agar setiap asnaf dan komuniti yang memerlukan beroleh manfaat,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan EPIC Berhad, Dr Ts Muhtar Suhaili berkata, agihan itu merupakan sebahagian daripada hasil pulangan wakalah majikan atau potongan zakat berjadual yang diserahkan semula oleh MAIDAM kepada EPIC Berhad.

Azrin (dua kanan) menyaksikan penyerahan zakat disampaikan oleh Muhtar kepada penerima sempena program diadakan di Dewan Serbaguna EPIC Berhad di Kemaman pada Khamis.
Azrin (dua kanan) menyaksikan penyerahan zakat disampaikan oleh Muhtar kepada penerima sempena program diadakan di Dewan Serbaguna EPIC Berhad di Kemaman pada Khamis.

Katanya, ia merupakan antara usaha EPIC Berhad untuk bukan sahaja menjana keuntungan, malah memastikan manfaat syarikat turut dikongsi bersama masyarakat, khususnya golongan rentan di Terengganu.

“Kami berhasrat untuk terus menerapkan prinsip CSR dalam pelbagai inisiatif lain bagi memberi nilai tambah kepada masyarakat.

“Pendekatan ini juga sejajar dengan usaha memperkukuh pembangunan modal insan, seterusnya menyokong kesinambungan pembangunan sosioekonomi negeri Terengganu,” ujarnya.

Majlis yang dihadiri lebih 100 peserta itu turut diserikan dengan sesi Bicara Dakwah Ibadah Zakat bertajuk ‘Harta Berkat, Ummah Sejahtera’ oleh Pengarah Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTs), Kamaruzaman Abdullah.

Ringkasan AI

  • MAIDAM terus memperkuat usaha memberi bantuan kepada golongan asnaf fakir dan miskin melalui program agihan zakat oleh EPIC Berhad
  • Program ini adalah bagian daripada tanggungjawab sosial korporat EPIC Berhad sebagai salah satu pembayar zakat terbesar di Terengganu
  • Sumbangan berjumlah RM68,529 untuk fasa pertama disalurkan kepada 100 penerima
  • Program ini menunjukkan peningkatan penglibatan pembayar zakat dalam membantu komuniti setempat
  • EPIC Berhad berhasrat untuk terus menerapkan prinsip CSR dalam berbagai inisiatif bagi memberi nilai tambah kepada masyarakat

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!