AMK gantung kain rentang peringatan PKP

Antara kata-kata sindiran digantung sekitar Permatang Pauh.
Antara kata-kata sindiran digantung sekitar Permatang Pauh.
A
A
A

PERMATANG PAUH - Angkatan Muda Keadilan (AMK) Permatang Pauh, mengambil pendekatan berbeza bagi membendung wabak koronavirus (Covid-19) apabila mengantungkan kain rentang mengandungi kata-kata sindiran buat mereka yang ingkar terhadap Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Permatang Pauh, Fahmi Zainol berkongsi perkara tersebut di Facebook rasminya hari ini.

Dengan kapsyen, "Sempoi, hanya di Permatang Pauh. Pedas tapi bermakna. Syabas AMK Permatang Pauh!!!." menarik perhatian ramai.

Paparan Facebook Fahmi tarik perhatian pengguna Facebook.
Paparan Facebook Fahmi tarik perhatian pengguna Facebook.

Antara kata sindiran yang digantung di sekitar Permatang Pauh seperti, 'Anda kebal, keluarlah rumah', 'Selangkah di luar rumah, selangkah anda ke kubur' dan 'Duduk rumah atau kerahmatullah, pilih!'.

AMK Permatang Pauh dilihat memandang serius tahap kesedaran penjarakan sosial yang disifatkan masih gagal dicapai oleh masyarakat.

No Image Caption

Ini kerana rata-rata mereka yang keluar ke pasar awam atau pasar raya untuk mendapatkan barangan harian masih lagi berpusu-pusu tanpa menghiraukan peraturan penjarakan sosial yang ditetapkan iaitu satu meter antara satu sama lain.

Artikel Berkaitan:

Usaha AMK Permatang Pauh itu mendapat pujian daripada netizen.

"Alhamdulillah, syabas AMK Permatang Pauh." tulis Farhan Zaini.

Kata Abdul Hadi Kamal Ahmad, "Manusia kadang ayat positif tak faham, ayat perli baru melekat dalam."