Gesa kerajaan tubuh jawatankuasa bantu PKS

AHMAD IZANI
AHMAD IZANI
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Kerajaan digesa menubuhkan jawatankuasa khas bagi mengatasi kesan penularan wabak koronavirus (Covid-19) terhadap Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) di negara ini.

Yang Dipertua Dewan Perniagaan dan Perindustrian Melayu Terengganu, Ahmad Izani Ab Ghani berkata, langkah itu bagi mengenalpasti kesan dan tindakan segera yang perlu diambil akibat penularan wabak berkenaan.

"Dalam situasi membimbangkan ini, tindakan segera perlu diambil oleh kerajaan bagi menjamin masa depan sektor PKS di negara ini.

"Berdasarkan kaji selidik impak perniagaan yang dijalankan terhadap 481 responden, hanya 1.3 peratus memiliki aliran tunai yang mampu bertahan selama lebih 12 bulan," katanya kepada Sinar Harian, hari ini.

"Selebihnya sebanyak 2.1 peratus lagi memiliki aliran tunai yang mampu bertahan selama 12 bulan, 23.7 peratus (tiga bulan) dan sejumlah 68.8 peratus hanya mampu bertahan selama sebulan. Keadaan ini amat membimbangkan terhadap prestasi dan perkembangan ekonomi mereka.

"Jadi, kami mendesak supaya kerajaan menubuhkan Tabung Pemulihan Usahawan sebagai mekanisme bagi memperkasakan semula usahawan sekaligus membolehkan mereka menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara," katanya.

Artikel Berkaitan: