Anggota polis digantung tugas dicekup lakukan samun

Mohd Yusoff ketika sidang media selepas merasmikan Perhimpunan Bulanan Polis di IPK Kelantan di Kota Bharu pada Rabu.
Mohd Yusoff ketika sidang media selepas merasmikan Perhimpunan Bulanan Polis di IPK Kelantan di Kota Bharu pada Rabu.
A
A
A

KOTA BHARU - Seorang anggota polis yang digantung tugas dicekup selepas melakukan jenayah samun di sebuah butik pakaian terpakai menggunakan senjata api 10 November lalu.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata, suspek berusia 43 tahun itu ditahan dalam serbuan pada jam 7.05 malam di sebuah rumah di Pengkalan Chepa pada Selasa.

"Suspek digantung tugas selepas terlibat dengan penyalahgunaan dadah.

"Penangkapan suspek membawa kepada rampasan dua buah motosikal, pistol tiruan (1), topi keledar (3), jam tangan (1), selipar (1), sarung tangan (1) beg sandang (2) dan topeng muka (2)," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Perhimpunan Bulanan Polis di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di sini pada Rabu.

Menurut beliau, turut ditemukan 12 biji pil kemerahan yang disyaki dadah.

Ujarnya, siasatan awal mendapati suspek melakukan samun di kedai-kedai perniagaan dengan cara mengacukan senjata api untuk menakut-nakutkan mangsa.

Mohd Yusoff memberitahu, suspek dipercayai sudah melakukan empat kes samun menggunakan modus operandi yang sama.

Tambah beliau, kes disiasat mengikut mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan dan Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952 serta Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952.

"Dengan tangkapan ini kita berjaya selesaikan kes samun melibat butik di sekitar Kota Bharu," katanya.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Seorang anggota polis digantung tugas dicekup kerana melakukan samun di butik pakaian terpakai dengan senjata api
  • Suspek berusia 43 tahun ditahan dalam serbuan di Pengkalan Chepa
  • Suspek digantung tugas kerana terlibat dalam penyalahgunaan dadah
  • Penangkapan suspek membawa kepada rampasan berbagai barang termasuk pistol tiruan dan pil kemerahan yang disyaki dadah
  • Suspek didapati telah melakukan empat kes samun menggunakan modus operandi yang sama

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!