Burger Prosperity kembali lagi

MENU ikonik, Burger Prosperity kini kembali lagi berkongsi detik penuh kehangatan dan kegembiraan dengan membawa mesej yang lebih menyentuh hati.
Sempena kepulangannya tahun ini, McDonald’s Malaysia melancarkan kempen ‘Prosperity Kembali, Lebih Bererti’ yang menggabungkan burger lada hitam kegemaran rakyat dengan usaha lebih bermakna.
Naib Presiden Kanan dan Ketua Pegawai Impak McDonald’s Malaysia, Melati Abdul Hai berkata, Burger Prosperity menjadi sebahagian tradisi oleh rakyat Malaysia bukan sahaja mewakili lebih daripada sekadar hidangan tetapi simbol harapan, kebersamaan dan kenangan dikongsi bersama.
“Kami sentiasa teruja membawa kembali Burger Prosperity tetapi tahun ini lebih istimewa kerana kami memanfaatkan tradisi ini untuk melakukan kebaikan bagi kanak-kanak yang memerlukan,” katanya ketika pelancaran Prosperity Di Atas Awan pada Isnin.
Menurut Melati, Burger Prosperity kegemaran rakyat Malaysia itu akan kembali pada 20 November hingga 31 Disember ini dan setiap set hidangan yang dibeli, sebanyak 20 sen akan disumbangkan kepada Persatuan Kebajikan Ronald McDonald (RMHC) Malaysia.
Jelas beliau, sumbangan berkenaan akan digunakan bagi menyokong program RMHC termasuk Rumah Ronald McDonald, Gift of Smile, Kembali ke Sekolah dan bilik sensori.
“Kami berbesar hati bekerjasama dengan rakyat Malaysia yang merupakan peminat Burger Prosperity dalam usaha memberi kembali kepada komuniti.
“Apabila anda menikmati hidangan Burger Prosperity, anda juga membantu RMHC dan mengubah kehidupan kanak-kanak yang memerlukan,” ujarnya.
Pada majlis itu, media dan tetamu jemputan yang hadir juga turut terpegun dengan gimik pelancaran formasi cahaya ratusan dron menerangi langit di Menara Kuala Lumpur.
Terdahulu, kanak-kanak dari RMHC di Hospital Tunku Azizah dan Hospital Canselor Tuanku Muhriz UKM turut diberi pengalaman istimewa melawat mercu tanda ibu negara itu.
Diperkenalkan pada tahun 1994, Burger Prosperity, Curly Fries dan McFizz kembali di seluruh restoran McDonald’s.
Rakyat Malaysia diajak berkongsi bukan sahaja hidangan tetapi rasa kesyukuran serta kebaikan kerana Burger Prosperity sebenar akan lebih bermakna apabila dinikmati bersama.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
