Pasangan panda gergasi Chen Xing, Xiao Yue selamat tiba di Malaysia

Ketibaan Panda Gergasi menandakan simbol integriti dan persahabatan yang berkekalan antara Malaysia dan China.- Foto NRES
Ketibaan Panda Gergasi menandakan simbol integriti dan persahabatan yang berkekalan antara Malaysia dan China.- Foto NRES
A
A
A

KUALA LUMPUR - Pasangan panda gergasi Chen Xing (jantan) dan Xiao Yue (betina) dari China selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada 8.30 malam ini.

Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam Sekitar (NRES) dalam kenyataan memaklumkan, pasangan mamalia itu akan dibawa ke Pusat Konservasi Giant Panda di Zoo Negara yang telah dinaik taraf sepenuhnya untuk memastikan persekitaran yang kondusif, selamat dan selesa.

Menurut kementerian itu, Chen Xing dan Xiao Yue akan menjalani tempoh kuarantin wajib selama sebulan di bawah pengawasan rapi pasukan doktor haiwan dan penjaga yang berpengalaman sebelum ditunjukkan kepada orang ramai.

"Ketibaan Panda Gergasi menandakan simbol integriti dan persahabatan yang berkekalan antara Malaysia dan China.

"Malaysia melalui NRES meneruskan Projek Kerjasama Antarabangsa Konservasi Giant

"Panda dengan China melalui pemeteraian perjanjian baharu pada 16 April lepas bersempena Lawatan Negara Presiden China ke Malaysia,” menurut kenyataan itu.

NRES memaklumkan, bahawa pemeteraian perjanjian itu membolehkan Malaysia menerima sepasang panda gergasi baharu yang lebih muda untuk tempoh 10 tahun dari 2025 hingga 2035.

Menerusi kerjasama serupa sebelum ini, Malaysia telah menerima pasangan panda gergasi Fu Wa dan Feng Yi pada 2012 sebelum haiwan itu dihantar pulang ke China pada 18 Mei 2025. - Bernama

 

Artikel Berkaitan:

 

Ringkasan AI

  • Pasangan panda gergasi Chen Xing dan Xiao Yue dari China selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur
  • Pasangan mamalia itu akan dibawa ke Pusat Konservasi Giant Panda di Zoo Negara yang telah dinaik taraf
  • Chen Xing dan Xiao Yue akan menjalani tempoh kuarantin wajib selama sebulan sebelum ditunjukkan kepada orang ramai
  • Ketibaan panda gergasi menandakan simbol integriti dan persahabatan antara Malaysia dan China
  • Malaysia akan menerima sepasang panda gergasi yang lebih muda untuk tempoh 10 tahun dari 2025 hingga 2035 melalui pemeteraian perjanjian dengan China

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!