'Tak perlu guna alasan Mara tak tolong bumiputera' - Asyraf Wajdi

Asyraf Wajdi
Asyraf Wajdi
A
A
A

SHAH ALAM - Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki mengingatkan peminjam untuk tidak terus menggunakan alasan 'Mara tak tolong bumiputera'.

Beliau berpandangan, disebabkan ingin membantu lebih ramai kaum Melayu dan bumiputera yang memerlukan, Mara mesti mengambil pendekatan tegas terhadap golongan peminjam culas membuat bayaran balik pinjaman.

"Tiada kompromi dengan peminjam-peminjam culas. Tak perlu guna alasan ‘Mara tak tolong bumiputera’.

"Sebab nak tolong lebih ramai Melayu dan bumiputera yang amat memerlukanlah, Mara kena lebih tegas kepada yang culas!" katanya menerusi hantaran di Facebook pada Selasa.

Asyraf Wajdi yang juga Setiausaha Agung UMNO berkali-kali menyatakan pendirian tegas bahawa peminjam Mara perlu melunaskan semula bayaran balik pinjaman agar generasi seterusnya dapat dibantu dari segi kewangan.

Menurut laporan media tempatan pada Isnin, Asyraf Wajdi menzahirkan rasa kesal apabila terdapat peminjam yang culas membayar balik pinjaman sehinggakan penjamin menjadi mangsa dan terpaksa menanggung beban hutang.

Perkara tersebut diketahui beliau apabila seorang pesara kerajaan datang menemuinya selepas meninjau reruai di lobi Mara sempena program 'Peace of Mind' baru-baru ini.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Pengerusi Mara, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, menegaskan peminjam tidak boleh terus menggunakan alasan 'Mara tak tolong bumiputera'
  • Asyraf berpendapat Mara perlu tegas terhadap peminjam culas untuk membantu lebih ramai Melayu dan bumiputera yang memerlukan
  • Tiada kompromi dengan peminjam culas, menurut Asyraf
  • Asyraf Wajdi menyatakan kesal terhadap peminjam culas yang menyebabkan penjamin terpaksa tanggung beban hutang

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!