'Peminjam culas, penjamin jadi mangsa' - Asyraf Wajdi

Tangkap layar penegasan Asyraf Wajdi terhadap peminjam yang culas membayar kembali pinjaman hingga menganiayai penjamin.
Tangkap layar penegasan Asyraf Wajdi terhadap peminjam yang culas membayar kembali pinjaman hingga menganiayai penjamin.
A
A
A

KUALA LUMPUR - 'Saya pantang dengan peminjam yang culas! kalau berhutang, tunaikanlah janji'

Itu luahan tegas Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki selepas bertemu seorang pesara kerajaan yang sedang berunding mengenai pembayaran hutang pinjaman yang bukan ditanggungnya pada program 'Peace of Mind' di sini pada Khamis.

Beliau melahirkan rasa kesalnya apabila peminjam tersebut lari daripada tanggungjawabnya hingga menganiayai lelaki warga emas terbabit yang terpaksa membayar menggunakan wang pencennya.

"Yang menyebabkan darah saya menyirap, rasa marah bercampur simpati ialah kerana pakcik ini hanyalah penjamin dan menjadi mangsa kepada peminjam yang culas tidak mahu bertanggungjawab melangsaikan hutang pinjaman pelajaran luar negara.

"Sedangkan kini (peminjam) sewenangnya memperagakan kemewahan dan kesenangan hidupnya di media sosial.

"Jangan memangsakan penjamin yang dahulunya kita merayu untuk dibantu. Bila sudah berjaya, hutang tidak mahu bayar, malah penjamin dibiarkan menderita akibat kecurangan kita," katanya menerusi hantaran di Facebook.

Menurut Asyraf Wajdi, pihaknya akan mengambil tindakan tegas terhadap peminjam terbabit.

"Dalam kes ini, saya telah mengarahkan supaya MARA ambil tindakan tegas menjejaki dan mengambil tindakan perundangan terhadap peminjam terlebih dahulu.

"Jangan sampai yang teraniaya dihukum, sedangkan yang bersalah bebas meneruskan kehidupannya tanpa sedikitpun rasa bersalah," katanya.

Artikel Berkaitan:

 

 

 

Ringkasan AI

  • Pengerusi MARA, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menegaskan kekesalannya terhadap peminjam yang tidak bertanggungjawab
  • Seorang pesara kerajaan terpaksa menggunakan wang pencennya untuk membayar hutang pinjaman pelajaran luar negara akibat menjadi penjamin
  • Peminjam yang tidak bertanggungjawab itu kini memperagakan kehidupan mewah di media sosial
  • Datuk Dr Asyraf menegaskan jangan menganiayai penjamin setelah berjaya tetapi tidak mahu melangsaikan hutang
  • MARA akan mengambil tindakan tegas termasuk tindakan perundangan terhadap peminjam yang berkaitan

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!