Ambil iktibar, usah sentuh 3R di PRN Sabah

MCMC dengan kerjasama platform media sosial menurunkan 1,454 kandungan berkaitan 3R. Gambar hiasan
MCMC dengan kerjasama platform media sosial menurunkan 1,454 kandungan berkaitan 3R. Gambar hiasan
A
A
A

SEBELUM ini, isu babit 3R (institusi raja, agama dan kaum) acap kali dilaporkan ketika tempoh kempen pilihan raya tidak kiralah pilihan raya negeri (PRN) atau pilihan raya umum (PRU).

Merak Jalanan lihat, tahun demi tahun isu itu bagai asam garam sepanjang tempoh proses pilihan raya berlangsung.

Malah, ia juga tular hingga menjadi perdebatan warga netizen di media sosial.

Malangnya ‘perdebatan’ di media sosial mengundang pelbagai kata-kata jelik dan jijik.

Apa yang amat diharapkan ialah isu sensitif sebegini usahlah dijentik atau sengaja diucapkan kerana ia sudah pasti akan menjadi tumpuan.

Bagi Merak Jalanan, ini bukanlah isu kecil yang mudah dilafazkan dengan permohonan maaf semata.

Isu 3R memberi gambaran betapa pentingnya menjaga ketenteraman dan keharmonian awam tanpa menyentuh mana-mana isu berkaitan kaum, agama mahu pun institusi diraja.

Sebagai info, antara pemimpin politik yang pernah disiasat isu 3R ini antaranya Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin; Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang serta Penasihat DAP, Lim Guan Eng.

Merak Jalanan percaya Polis Diraja Malaysia (PDRM) melaksanakan pemantauan ketat melibatkan kenyataan atau ucapan dikeluarkan mana-mana pihak sama ada menerusi kempen secara maya atau sebarang program fizikal.

Artikel Berkaitan:

Selain itu, kerajaan juga perlu mencari jalan dan langkah terbaik agar isu 3R khususnya dapat ditangani dengan sebaiknya.

Semua masyarakat atau mana-mana pihak juga diingatkan agar mengambil iktibar dengan kes-kes lalu dan hukuman yang dikenakan terhadap mereka yang terlibat.

Tahun lalu, Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching dilaporkan berkata, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dengan kerjasama platform media sosial menurunkan 1,454 kandungan berkaitan 3R.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!