PRN Sabah: 1,140 permit ceramah, kempen dikeluarkan setakat ini - Polis

Sebanyak 1,140 permit ceramah dan berkempen bagi PRN Sabah ke-17 telah dikeluarkan setakat semalam. Gambar hiasan
Sebanyak 1,140 permit ceramah dan berkempen bagi PRN Sabah ke-17 telah dikeluarkan setakat semalam. Gambar hiasan
A
A
A

LAHAD DATU - Sebanyak 1,140 permit ceramah dan berkempen bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 telah dikeluarkan setakat semalam, kata Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jauteh Dikun.

Beliau berkata, permohonan permit perlu dibuat setiap hari dan bukan secara serentak, bagi memudahkan pemantauan keselamatan khususnya jika berlaku pertukaran tempat atau masa tidak dijangka.

Menurut Jauteh, 17 laporan polis telah diterima sepanjang tempoh berkempen setakat ini, namun tiada insiden serius dilaporkan.

"Kami merakamkan penghargaan kepada semua calon dan petugas kempen atas kerjasama serta tahap profesionalisme yang tinggi," katanya kepada pemberita selepas lawatan kerja ke Balai Polis Tambisan, Balai Polis Desa Kencana, Balai Polis Cenderawasih dan Balai Polis Tungku di sini pada Rabu.

Jauteh turut menasihati semua pegawai dan anggota polis agar mengekalkan sikap neutral dan tidak memihak kepada mana-mana parti politik sepanjang tempoh pilihan raya.

"Lawatan ini bertujuan memastikan tahap kesiapsiagaan pegawai dan anggota dalam menghadapi tugasan harian serta situasi luar jangka demi mengekalkan keselamatan dan ketenteraman awam terutamanya di daerah ini pada tahap terbaik," katanya.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian bagi PRN Sabah ke-17 pada 29 Novemebr dan 25 November hari pengundian awl.

Berdasarkan statistik SPR, sebanyak 1,784,843 pengundi yang layak menjalankan tanggungjawab mereka pada PRN kali ini, terdiri daripada 1,760,417 pengundi biasa, 11,697 anggota tentera beserta pasangan, dan 12,729 anggota polis beserta pasangan.

Untuk berita terkini tentang PRN Sabah ke-17, sila layari https://prn.bernama.com/sabah/index.php. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Sebanyak 1,140 permit ceramah dan berkempen bagi Pilihan Raya Negeri Sabah ke-17 telah dikeluarkan setakat semalam
  • Permohonan permit perlu dibuat setiap hari untuk memudahkan pemantauan keselamatan
  • Sebanyak 17 laporan polis telah diterima sepanjang tempoh berkempen, namun tiada insiden serius
  • Pesuruhjaya Polis Sabah menasihatkan pegawai dan anggota polis agar mengekalkan sikap neutral
  • Hari pengundian bagi PRN Sabah ke-17 adalah pada 29 November dan hari pengundian awal pada 25 November

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!