Tiga serangkai beri kesan, beban kepada rakyat Sabah

Kawasan pedalaman, pulau dan pinggir bandar Sabah masih tertinggal dari segi infrastruktur asas seperti bekalan air, elektrik dan akses jalan raya yang sempurna. Gambar hiasan
Kawasan pedalaman, pulau dan pinggir bandar Sabah masih tertinggal dari segi infrastruktur asas seperti bekalan air, elektrik dan akses jalan raya yang sempurna. Gambar hiasan
A
A
A

KOTA KINABALU - Isu tiga serangkai dilihat berkait rapat dengan masalah ekonomi yang akhirnya memberi kesan dan beban kepada rakyat Sabah sejak sekian lama.

Pengerusi Jalinan Qaseh Sabah, Datuk Marsya @ Norhaizah Abu Bakar berkata, sebagai badan bukan kerajaan (NGO) yang bekerja rapat dengan akar umbi, pihaknya melihat isu tiga serangkai sebagai cabaran sosial yang memberi kesan langsung terhadap kesejahteraan rakyat.

“Kami melihat kemiskinan di Sabah sebagai kemiskinan struktural bukan sekadar kemiskinan disebabkan pendapatan rendah tetapi ketidaksamaan pembangunan antara daerah.

“Kawasan pedalaman, pulau dan pinggir bandar masih tertinggal dari segi infrastruktur asas seperti bekalan air, elektrik dan akses jalan raya yang sempurna,” katanya kepada Sinar Harian pada Isnin.

Katanya, disebabkan itu, ramai penduduk terutama di kawasan luar bandar terpaksa mengeluarkan perbelanjaan tinggi.

“Contohnya, dengan keadaan jalan raya yang teruk, sukar untuk mereka mendapatkan perkhidmatan kesihatan, pendidikan dan ke bandar bagi urusan perniagaan.

“Akibatnya, kos perjalanan yang tinggi mengekalkan mereka dalam kitaran miskin kerana ada harga yang perlu dibayar setiap kali melakukan perjalanan tersebut,” katanya.

Beliau menggesa supaya kerajaan memberi lebih tumpuan kepada menaik taraf pembangunan industri setempat supaya dapat dinikmati secara langsung oleh rakyat.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Isu tiga serangkai berkait rapat dengan masalah ekonomi di Sabah
  • NGO melihat kemiskinan di Sabah sebagai kemiskinan struktural
  • Ketidaksamaan pembangunan antara daerah menyebabkan kemiskinan
  • Kawasan pedalaman, pulau dan pinggir bandar kekurangan infrastruktur asas
  • Kos perjalanan yang tinggi mengekalkan penduduk dalam kitaran miskin

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!