Calon ramai petanda demokrasi tinggi rakyat Sabah - Calon GRS

PRN Sabah Ke-17 mencatatkan antara jumlah calon tertinggi dalam sejarah pilihan raya negeri itu, dengan persaingan dijangka sengit di kebanyakan kerusi seluruh Sabah. Gambar kecil: Hazem Mubarak - Foto: Bernama
PRN Sabah Ke-17 mencatatkan antara jumlah calon tertinggi dalam sejarah pilihan raya negeri itu, dengan persaingan dijangka sengit di kebanyakan kerusi seluruh Sabah. Gambar kecil: Hazem Mubarak - Foto: Bernama
A
A
A

SANDAKAN – Peningkatan jumlah calon bertanding dan pertembungan banyak penjuru pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah Ke-17 disifatkan sebagai petanda amalan demokrasi yang sihat dalam kalangan rakyat negeri ini.

Calon Gabungan Rakyat Sabah (GRS) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Manila, Hazem Mubarak Tun Musa berkata, jumlah calon yang ramai tidak seharusnya ditafsirkan sebagai tanda ketidakpuasan hati terhadap kerajaan, sebaliknya menunjukkan keterbukaan dan kematangan demokrasi di Sabah.

“Saya tidak melihat perkara ini sebagai satu ketidakpuasan hati. Saya melihatnya sebagai bukti bahawa kita di Sabah mengamalkan demokrasi yang tinggi.

“Maksudnya, sesiapa pun boleh menjadi calon dan bertanding. Ini menunjukkan demokrasi kita berada dalam keadaan yang baik.

"Rakyat kini boleh menilai bukan sahaja parti, tetapi juga calon secara individu,” katanya dalam sidang akhbar selepas melawat Pusat Media di sini pada Isnin.

Mengulas mengenai pencalonannya, Hazem berkata, beliau terpanggil untuk menyertai politik dan memikul tanggungjawab sebagai seorang pemimpin.

“Mungkin kerana bapa saya (Tun Musa) seorang ahli politik, saya juga terinspirasi untuk menjadi ahli politik. Niat saya adalah untuk berkhidmat di Sungai Manila dan menyumbang kepada masyarakat,” katanya.

Terdahulu, beberapa pemimpin negara berpandangan bahawa jumlah calon yang ramai pada PRN Sabah Ke-17 mencerminkan rasa tidak puas hati terhadap kerajaan.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Hazem Mubarak Tun Musa berpandangan peningkatan jumlah calon pada PRN Sabah merupakan tanda demokrasi yang sihat
  • Menyatakan ramai calon tidak bermakna ketidakpuasan terhadap kerajaan tapi menunjukkan kematangan demokrasi di Sabah
  • Menganggap keupayaan bertanding sebagai bukti demokrasi yang baik di Sabah, membolehkan rakyat menilai parti dan calon secara individu
  • Hazem terinspirasi oleh bapa beliau untuk menyertai politik dan berkhidmat di Sungai Manila
  • Pemimpin lain sebelumnya mengaitkan jumlah calon yang ramai dengan rasa tidak puas hati terhadap kerajaan

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!