[VIDEO] PRN Sabah: Ramai calon bertanding kerana tidak puas hati dengan kerajaan - Hamzah

A
A
A

SANDAKAN - Pertembungan mencecah hingga 14 penjuru dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Ke-17 Sabah menunjukkan semakin ramai tidak berpuas hati dengan kerajaan.

Hamzah dalam sidang media selepas Pelancaran Pusat Daerah Mengundi di Sandakan pada Ahad malam.
Hamzah dalam sidang media selepas Pelancaran Pusat Daerah Mengundi di Sandakan pada Ahad malam.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, mereka merasa tertekan sehingga mengambil tindakan sedemikian.

“Dulu jarang kita melihat keadaan begini kerana kita tahu kerajaan yang ada itu kita boleh persoalkan, kita boleh bertanya.

“Tapi hari ini tidak boleh. Hanya mereka sahaja tentukan. Rakyat merasakan kalau begitu caranya biarlah kami yang akan tentukan masa depan dengan mencalonkan diri,” katanya dalam sidang media selepas Pelancaran Pusat Daerah Mengundi di Sandakan, pada Ahad malam.

Terdahulu, seramai 596 calon bertanding dalam PRN ke-17 Sabah berbanding PRN sebelum ini seramai 447 calon.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Pertembungan 14 penjuru dalam Pilihan Raya Negeri Sabah menandakan ketidakpuasan terhadap kerajaan
  • Datuk Seri Hamzah Zainudin menyatakan individu tertekan sehingga memilih untuk bertanding
  • Keadaan politik semasa menyebabkan rakyat merasa hak mereka untuk mempersoalkan kerajaan terbatas
  • Rakyat memilih untuk mencalonkan diri sebagai tindakan menentukan masa depan mereka
  • Jumlah calon bertanding meningkat dari 447 ke 596 berbanding pilihan raya negeri sebelumnya

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!