Israel curi lebih 17,000 artifak dari muzium bersejarah Gaza

Qasr al-Basha di Gaza kini tinggal runtuhan selepas serangan tentera Israel. -Agensi
Qasr al-Basha di Gaza kini tinggal runtuhan selepas serangan tentera Israel. -Agensi
A
A
A

GAZA – Pihak berkuasa Palestin mendakwa tentera Israel mencuri lebih 17,000 artifak arkeologi dari Muzium Istana Al-Basha di Bandar Gaza sepanjang dua tahun serangan ke atas wilayah itu.

Bangunan era Mamluk berusia ratusan tahun itu dibom pada Disember 2023 sebelum diratakan dengan jentolak dan hanya 20 artifak ditemui semula di tapak runtuhan.

Penyelia restorasi arkeologi muzium tersebut, Hamouda al-Dahdar berkata, muzium Al-Basha sebelum ini menyimpan artifak dari era Mamluk, Uthmaniyyah, Byzantine, Rom dan zaman prasejarah.

Beliau menegaskan, kehilangan besar itu berpunca daripada tindakan pasukan Israel yang didakwa memindahkan artifak sebelum bangunan musnah sepenuhnya.

Al-Basha yang dibina pada abad ke-13, pernah berfungsi sebagai kubu, kediaman pemerintah dan kemudian muzium yang menempatkan tembikar, syiling serta pelbagai peninggalan purba.

Kini, struktur bersejarah itu hanya tinggal runtuhan selepas operasi ketenteraan.

Kementerian Pelancongan dan Antikuiti Palestin mendakwa pemusnahan muzium itu sebahagian daripada ratusan tapak arkeologi lain yang dimusnahkan tentera Israel, yang menurut mereka bertujuan memadam identiti serta warisan sejarah Palestin. - Agensi

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Pihak berkuasa Palestin mendakwa tentera Israel mencuri lebih 17,000 artifak arkeologi dari Muzium Istana Al-Basha di Bandar Gaza
  • Bangunan berusia ratusan tahun itu dibom pada Disember 2023 dan hanya 20 artifak ditemui semula di tapak runtuhan
  • Muzium Al-Basha menyimpan artifak dari era Mamluk, Uthmaniyyah, Byzantine, Rom dan zaman prasejarah
  • Kehilangan artifak berpunca daripada tindakan pasukan Israel memindahkan artifak sebelum bangunan musnah
  • Al-Basha yang dibina pada abad ke-13 telah menjadi kubu, kediaman pemerintah dan muzium sebelum menjadi runtuhan selepas operasi ketenteraan

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!