Rumah dipecah masuk: RX-Z, helmet Shoei, Arai dilarikan penjenayah

Tangkap layar video rakaman yang dikongsi seorang pempengaruh selepas kediamannya di Sungai Long, Kajang dipecah masuk.
Tangkap layar video rakaman yang dikongsi seorang pempengaruh selepas kediamannya di Sungai Long, Kajang dipecah masuk.
A
A
A

KAJANG - Motosikal Yamaha RX-Z dan topi keledar jenama Shoei serta Arai antara yang dilarikan penjenayah di sebuah kediaman di Bandar Sungai Long di sini.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, laporan kejadian diterima pihaknya pada jam 9.03 pagi, Ahad daripada seorang lelaki berusia 32 tahun yang juga penjawat awam.

Menurutnya, kejadian pecah rumah itu berlaku semasa pengadu dan isterinya tiada di rumah.

"Pemeriksaan mendapati barang yang dilarikan suspek ialah barang kemas, empat unit topi keledar jenama Shoei dan Arai, dua motosikal jenis Yamaha RX-Z dan Yamaha LC135 V8.

"Mangsa dianggarkan mengalami kerugian hampir RM360,000 dan pasukan forensik polis telah hadir menjalankan pemeriksaan di lokasi kejadian," katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Beliau berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan dan Seksyen 379A Kanun Keseksaan.

Tambahnya, siasatan masih dijalankan untuk mengesan suspek terlibat.

"Sesiapa yang mempunyai sebarang maklumat tentang kejadian ini boleh berhubung terus dengan Pegawai Penyiasat kes Inspektor Sharulhasram Ramli di talian 017-2530380 bagi membantu siasatan," ujarnya.

Sebelum itu, pempengaruh dikenali sebagai Nanad Bebe meminta bantuan orang ramai sekiranya ternampak barangan miliknya yang dicuri selepas kediamannya di Sungai Long, Kajang diceroboh.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Motosikal Yamaha RX-Z dan topi keledar jenama Shoei serta Arai dicuri dari sebuah kediaman di Bandar Sungai Long
  • Laporan kejadian diterima polis daripada seorang lelaki berusia 32 tahun, penjawat awam
  • Pecah rumah berlaku semasa pengadu dan isterinya tiada di rumah
  • Barang yang dilarikan termasuk barang kemas, empat unit topi keledar, dua motosikal jenis Yamaha dengan kerugian hampir RM360,000
  • Kes disiasat di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan dan Seksyen 379A Kanun Keseksaan, siasatan masih berjalan

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!