‘Kalau nak keluar, jangan lupa beritahu’ - Akmal Saleh respons sinis keputusan MIC tangguh keluar BN

SHAH ALAM – Pendirian Perhimpunan Agung Tahunan MIC ke-79 menangguhkan keputusan sama ada parti itu keluar atau kekal dalam Barisan Nasional (BN) mendapat reaksi sinis daripada Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh.
Dr Muhamad Akmal berkata, keputusan penangguhan itu membolehkan MIC untuk terus bersama dengan Barisan Nasional (BN).
Beliau dengan nada sinis turut mengingatkan supaya MIC membuat pengumuman sekiranya parti itu memutuskan untuk keluar daripada BN.
“Ok sudah tangguh. Kita terus bersama dalam BN dan kekal di blok kerajaan.
“Kalau hendak keluar lagi, jangan lupa beritahu ya. Terima kasih MIC,” katanya dalam hantaran di Facebook pada Ahad.
Terdahulu, Timbalan Presiden MIC, Datuk Seri M Saravanan membentangkan tiga usul termasuk cadangan untuk meninggalkan BN dan membuat permohonan menyertai gabungan pembangkang.
Perhimpunan Agung Tahunan MIC ke-79 pada Ahad memutuskan untuk menangguhkan keputusan sama ada parti itu akan kekal dalam BN atau keluar daripada gabungan tersebut.
Bagaimanapun, Presiden MIC, Tan Sri S A Vigneswaran berkata, ketiga-tiga usul termasuk keluar daripada BN telah diterima dan diserahkan kepada pimpinan Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC).
Ringkasan AI
- Pendirian Perhimpunan Agung Tahunan MIC ke-79 menangguhkan keputusan sama ada parti itu keluar atau kekal dalam Barisan Nasional
- Reaksi sinis daripada Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh
- Dr Muhamad Akmal mengingatkan MIC untuk membuat pengumuman sekiranya memutuskan untuk keluar dari BN
- Timbalan Presiden MIC, Datuk Seri M Saravanan membentangkan tiga usul termasuk cadangan meninggalkan BN
- Presiden MIC, Tan Sri S A Vigneswaran menyatakan ketiga-tiga usul telah diterima dan diserahkan kepada pimpinan Jawatankuasa Kerja Pusat
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!


