Peminat ceroboh penghadang, peluk bahu Ariana Grande di tayangan perdana Premiere Wicked: For Good

Suasana kecoh yang berlaku sekelip mata menimbulkan perdebatan di media sosial.
Suasana kecoh yang berlaku sekelip mata menimbulkan perdebatan di media sosial.
A
A
A

TAYANGAN perdana filem Wicked: For Good di Universal Studios Singapore (USS) pada Khamis kecoh seketika apabila seorang lelaki melompat melepasi penghadang keselamatan sebelum berlari ke arah penyanyi dan pelakon antarabangsa, Ariana Grande.

Insiden itu berlaku ketika sesi karpet kuning sedang berlangsung.

Video tular di media sosial menunjukkan lelaki berkenaan memaut bahu Grande sambil melompat-lompat.

Situasi tersebut mengundang reaksi terkejut para pelakon lain termasuk Cynthia Erivo, Tan Sri Michelle Yeoh, Jeff Goldblum dan pengarah Jon M Chu.

Pasukan keselamatan bertindak pantas menahan serta mengiringi lelaki itu keluar dari kawasan acara.

Difahamkan individu tersebut turut diarahkan meninggalkan Sentosa menggunakan tren.

Lelaki itu kemudian dikenal pasti sebagai pencipta kandungan yang menggunakan nama “Pyjama Man”.

Dia sebelum ini pernah melakukan tindakan serupa terhadap beberapa selebriti antarabangsa termasuk Katy Perry dan The Weeknd.

Tindakannya bukan sahaja pernah mengganggu acara hiburan tetapi juga perlawanan sukan seperti kejadian pada 2023 di India apabila dia menceroboh padang Stadium Narendra Modi semasa perlawanan akhir ICC Men’s Cricket World Cup.

Artikel Berkaitan:

Dalam insiden sama, tindakan pantas Erivo melindungi Grande turut menjadi perhatian.

Menerusi klip video yang tular, Erivo dilihat segera melangkah ke hadapan bagi menolak lelaki tersebut selepas dia memaut bahu Grande secara agresif. Yeoh pula dilihat menarik Grande ke belakang untuk memastikan keselamatannya.

Pengguna media sosial memuji refleks cepat Erivo dan menyifatkannya sebagai pelakon yang mempunyai sifat melindungi rakan setugas.

Ada yang mengkritik kelewatan pasukan keselamatan bertindak, sekali gus membangkitkan kebimbangan berhubung tahap kawalan keselamatan di acara berprofil tinggi.

Ringkasan AI

  • Tayangan perdana filem Wicked: For Good di Universal Studios Singapore dikejutkan dengan insiden seorang lelaki melompat penghadang dan berlari ke arah Ariana Grande
  • Insiden berlaku semasa sesi karpet kuning
  • Lelaki itu dikenali sebagai Pyjama Man, terkenal dengan gangguan ke atas selebriti seperti Katy Perry dan The Weeknd
  • Pasukan keselamatan cepat bertindak menahan lelaki tersebut
  • Insiden membangkitkan kebimbangan tentang kawalan keselamatan di acara besar

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!