Bayi dipercayai lahir di tempat lain sebelum ditinggalkan depan tandas

BUTTERWORTH - Bayi perempuan yang ditemukan di hadapan tandas sebuah rumah kampung di Sungai Dua, di sini pada Khamis lepas dipercayai dilahirkan di tempat lain sebelum ditinggalkan di lokasi itu.
Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Azizee Ismail berkata, siasatan dan pemeriksaan polis di tempat kejadian tidak menemukan sebarang kesan bayi itu dilahirkan di tandas atau kawasan berhampiran.
"Polis masih menjalankan siasatan lanjut termasuk mengesan ibu bayi tersebut dan mereka mempunyai maklumat diminta membantu,” katanya ketika dihubungi Bernama pada Sabtu.
Terdahulu, media melaporkan penemuan bayi yang masih bertali pusat itu oleh orang awam.
Bayi itu yang dibawa ke Hospital Seberang Jaya disahkan sihat dan diserahkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk tindakan susulan. - Bernama
Ringkasan AI
- Bayi perempuan ditemukan di hadapan tandas sebuah rumah kampung di Sungai Dua, Buterworth
- Bayi dipercayai dilahirkan di tempat lain sebelum ditinggalkan
- Ketua Polis Pulau Pinang menyatakan tiada kesan bayi dilahirkan di lokasi tersebut dan siasatan masih berjalan
- Orang awam yang menemukan bayi itu masih bertali pusat
- Bayi tersebut disahkan sihat dan diserahkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
