X

Kindly register in order to view this article
!

Bursa Malaysia tinggi pada tengah hari, IK naik 10.23 mata

Bursa Malaysia
A
A

KUALA LUMPUR - Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi lebih tinggi hari ini selepas mencatat peningkatan semula walaupun dibuka rendah.

Pada jam 12.30 tengah hari ini, indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 10.23 mata kepada 1,334.73 daripada 1,324.50 sewaktu ditutup semalam.

Di pasaran meluas, kaunter untung mengatasi rugi iaitu 402 berbanding 222 manakala 288 kaunter tidak berubah, 1,207 tidak diniagakan dan 26 lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 1.97 bilion saham bernilai RM1.07 juta.

Kaunter saham berkaitan kesihatan mencatat prestasi lebih baik susulan penularan koronavirus (Covid-19) yang menjejaskan pasaran global pada pertengahan Januari lepas manakala saham lain seperti komoditi dan kewangan sebaliknya terus diasak tekanan.

Saham wajaran tinggi berkaitan penjagaan kesihatan seperti Hartalega naik 21 sen kepada RM6.90 manakala IHH naik empat sen kepada RM5.14.

Selain itu, saham mewah lain turut mencatat kenaikan selepas mengalami dagangan tidak menentu dengan Digi naik 16 sen kepada RM4.31 dan Petronas Chemicals menambah 13 sen kepada RM4.64.

Kaunter paling untung menyaksikan saham berkaitan produk dan perkhidmatan pengguna terus menguasai indeks dengan F&N meraih RM1.02 kepada RM30.72 manakala Nestle melonjak RM3.60 kepada RM139.10, Panasonic Manufacturing menambah RM1.00 kepada RM25.80 dan Dutchlady meningkat 74 sen kepada RM40.78.

Prestasi indeks secara keseluruhannya adalah positif dengan Indeks Emas FBM naik 116.54 mata kepada 9,104.61 manakala FBM 70 melonjak 301.28 mata kepada 10,333.65 dan Indeks FBM Emas Syariah meraih 156.17 mata kepada 9,927.03.

Indeks FBMT 100 pula menambah 110.72 mata kepada 9,039.96 manakala FBM Ace menokok 89.16 mata kepada 3,747.43.

Mengikut sektor, Indeks Produk dan Perkhidmatan Industri naik 1.40 mata kepada 102.38, Indeks Perladangan menambah 20.57 mata kepada 6,034.38 dan Indeks Perkhidmatan Kewangan menokok 54.53 mata kepada 12,202.95. - Bernama


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus