Sudahlah gagal merompak, kena pula tampar 20 kali

AHMEDABAD – Seorang wanita yang cuba merompak sebuah kedai barang kemas di Ahmedabad, India mengalami nasib malang apabila cubaan jenayahnya gagal dan dia ditampar hampir 20 kali oleh pemilik kedai dalam tempoh 25 saat.
Kejadian di sebuah kedai emas dan perak berhampiran Pasar Sayur Ranip pada sekitar jam 12:30 tengah hari waktu tempatan, 3 November 2025 lalu itu dirakam oleh kamera litar tertutup (CCTV).
Wanita terbabit yang menutup wajah dengan selendang tradisional India, memasuki kedai sebagai pelanggan sebelum melemparkan serbuk cili ke arah mata pemilik kedai dalam cubaan merompak.
Bagaimanapun serbuk cili gagal mengenai mata pemilik dan pemilik kedai bertindak menamparnya berulang kali sebelum melompat ke atas kaunter serta menolaknya keluar dari kedai sambil terus menamparnya.
Ketua Polis Stesen Ranip, PI Ketan Vyas berkata, walaupun pemilik kedai enggan membuat laporan rasmi, pihak berkuasa telah memulakan siasatan berdasarkan rakaman CCTV untuk menjejaki wanita itu.
Ketan Vyas mengesahkan mereka telah menemui pemilik kedai sebanyak dua kali bagi menggalakkan dia membuat laporan namun pemilik tetap enggan berbuat demikian.
"Bagaimanapun siasatan bagi menjejak suspek diteruskan," ujarnya.
Kejadian yang tular itu menonjolkan keberanian pemilik kedai menghadapi ancaman jenayah dan menjadi peringatan tentang kepantasan tindakan ketika berdepan situasi berbahaya.
Ringkasan AI
- Seorang wanita cuba merompak kedai barang kemas di Ahmedabad tetapi gagal
- Pemilik kedai menampar wanita itu hampir 20 kali dalam 25 saat setelah serangan serbuk cili gagal
- Insiden berlaku dekat Pasar Sayur Ranip dan dirakam oleh CCTV
- Pemilik kedai enggan membuat laporan rasmi meskipun polis mengesahkan siasatan berlangsung
- Kejadian tersebut menyorot keberanian pemilik menghadapi ancaman dan kepentingan tindakan cepat dalam situasi berbahaya
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

