Sila log masuk terlebih dahulu.
- Iklan -

Kes Zara Qairina: Ibu serah telefon bimbit kepada polis

07 Ogos 2025 | Berita Semasa Video
A
A
A

Ibu kepada Allahyarhamah Zara Qairina Mahathir, telah selesai menyerahkan telefon bimbitnya bersama kad sim kepada pihak polis di Balai Polis Karamunsing, Kota Kinabalu, pada petang Khamis, lapor wartawan Sinar Harian, Asyikin Asmin.

Noraidah Lamat, 45, menyerahkan bahan tersebut sebagai membantu siasatan pihak polis berhubung kematian anaknya pada 17 Julai lalu, susulan pengembalian semula laporan penuh siasatan polis kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada Rabu.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/742408/berita/semasa/telefon-bimbit-mengandungi-audio-perbualan-zara-qairina-diserah-kepada-polis

Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

#SinarHarian #BeritaSemasa #zaraQairina #justice4Zara #keszaraqairina