Ching Peng didakwa salah guna wang syarikat RM110,497

Ching Peng dibawa ke Mahkamah Sesyen Shah Alam pada Jumaat, bagi menghadapi dua kes salah guna harta syarikat berjumlah RM110,497.95.
Ching Peng dibawa ke Mahkamah Sesyen Shah Alam pada Jumaat, bagi menghadapi dua kes salah guna harta syarikat berjumlah RM110,497.95.
A
A
A

SHAH ALAM – Seorang Ketua Pegawai Operasi sebuah syarikat pembinaan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Jumaat, atas dua pertuduhan salah guna harta syarikat berjumlah RM110,497.95.

Tan Ching Peng, 62, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibaca di hadapan Hakim, Awang Kerisnada Awang Mahmud.

Berdasarkan kenyataan media, lelaki itu didakwa melakukan perbuatan tidak jujur dengan menyalahgunakan wang syarikat itu.

Dia dituduh mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara antara enam bulan hingga lima tahun, sebatan dan denda, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan pegawai pendakwa, Mohd Hanafi Firdhaus Abd Latif sementara tertuduh diwakili peguam, Azrul Zulkifli Stork.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM20,000 dengan seorang penjamin termasuk syarat tambahan menyerahkan pasport kepada mahkamah, melaporkan diri di Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Putrajaya sekali setiap sebulan sekali.

Sebutan semula kes ditetapkan pada 20 Januari 2026.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Seorang Ketua Pegawai Operasi syarikat pembinaan mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan salah guna harta syarikat RM110,497.95 di Mahkamah Sesyen Shah Alam
  • Tan Ching Peng, 62, membuat pengakuan tidak bersalah di hadapan Hakim Awang Kerisnada Awang Mahmud
  • Didakwa melakukan perbuatan tidak jujur dengan menyalahgunakan wang syarikat mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan
  • Mahkamah membenarkan jaminan RM20,000 dengan syarat tertuduh menyerahkan pasport dan melapor diri di SPRM Putrajaya bulanan
  • Sebutan semula kes ditetapkan pada 20 Januari 2026

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!