Lelaki warga emas parah akibat tersepit, kemalangan tiga kereta

Bomba mengeluarkan mangsa tersepit akibat kemalangan melibatkan tiga kereta pada Sabtu.
Bomba mengeluarkan mangsa tersepit akibat kemalangan melibatkan tiga kereta pada Sabtu.
A
A
A

SUNGAI BULOH – Seorang lelaki warga emas cedera parah manakala dua individu lagi mengalami cedera ringan dalam kemalangan membabitkan tiga kereta berhampiran susur Saujana Utama di sini pada Sabtu.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berkaitan kes itu pada jam 8.20 pagi.

"Seramai enam anggota dan pegawai bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Buloh bergegas ke lokasi kejadian yang jaraknya sejauh 10 kilometer," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Ahmad Mukhlis berkata, jentera pertama tiba di lokasi pada jam 8 30 pagi mendapati kemalangan melibatkan sebuah Perodua Axia, Perodua Bezza dan sebuah Volkswagen.

Lokasi kemalangan melibatkan tiga kereta pada Sabtu.
Lokasi kemalangan melibatkan tiga kereta pada Sabtu.

"Kita mendapati pemandu kereta Perodua Axia iaitu lelaki berusia 61 tahun tersepit di bahagian pemandu dan mengalami kecederaan parah.

"Dua lagi mangsa terdiri daripada seorang lelaki dan wanita berusia lingkungan 30-an mengalami kecederaan ringan," katanya.

Ahmad Mukhlis berkata, mangsa yang tersepit berjaya dikeluarkan oleh anggota bomba sebelum diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia untuk tindakan lanjut.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Seorang lelaki warga emas cedera parah dalam kemalangan di Sungai Buloh
  • Dua individu mengalami cedera ringan dalam kemalangan itu
  • Kemalangan membabitkan tiga kereta berhampiran susur Saujana Utama
  • Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan
  • Mangsa yang tersepit berjaya dikeluarkan oleh anggota bomba

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!