Pemuda seiras PM Kanada raih populariti

Maftoon (kanan) punyai wajah seiras PM Kanada Justin Trudeau.- Foto Canadian Press
Maftoon (kanan) punyai wajah seiras PM Kanada Justin Trudeau.- Foto Canadian Press
A
A
A

KABUL - AFGHANISTAN. Seorang penyanyi di majlis perkahwinan, Abdul Salam Maftoon dari Afghanistan meraih perhatian gara-gara memiliki wajah seiras Perdana Menteri Kanada, Justin Trudeau.

'Keistimewaan' pemuda berusia 29 tahun yang menyertai pertandingan nyanyian popular 'Afghan Star' itu disedari salah seorang juri, sekaligus menjadikannya sensasi internet dalam sekelip mata.

"Saya tidak tahu apa-apa mengenai Justin Trudeau sehingga saya melihat gambar di media sosial.

"Persamaan itu meningkatkan peluang saya untuk memenangi pertandingan tersebut," kata pemuda berasal dari wilayah Badakhshan berkenaan yang turut berhasrat menemui 'kembarnya' itu satu hari nanti.- BBC

Artikel Berkaitan: