Anggota polis kemalangan, dihimpit pemandu mabuk larikan diri

Seorang anggota polis cedera akibat kemalangan selepas motosikalnya dihimpit pemandu sebuah kereta yang didakwa memandu dalam keadaan mabuk.
Seorang anggota polis cedera akibat kemalangan selepas motosikalnya dihimpit pemandu sebuah kereta yang didakwa memandu dalam keadaan mabuk.
A
A
A

IPOH - Seorang anggota polis cedera akibat kemalangan selepas motosikalnya dihimpit pemandu sebuah kereta yang didakwa memandu dalam keadaan mabuk di Lorong Bercham 1 di sini malam tadi.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, Konstabel Muhammad Jasrol Aiman Jasni, 24, cedera pada tangan manakala pemandu kereta iaitu seorang lelaki berusia 60 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan.

"Polis menerima laporan berkaitan kejadian melalui Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ipoh kira-kira 10.40 malam melibatkan kemalangan sebuah motosikal dengan kereta jenis Honda CRV.

"Siasatan awal di tempat kejadian mendapati kereta dari arah Balai Bercham menghala ke Bandar Ipoh, telah ditahan anggota polis terbabit apabila sampai di lampu isyarat persimpangan Lorong Bercham 1,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata, pemandu itu bertindak melarikan diri dengan membelok kanan ke dalam Lorong Bercham 1 dan semasa anggota polis berkenaan mengekorinya hingga ke tempat kejadian, dengan secara tiba-tiba suspek telah menghimpit motosikal anggota polis itu dan menyebabkan mangsa hilang kawalan dan terjatuh atas jalan.

Beliau berkata, anggota polis itu dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini manakala pemandu terbabit ditahan untuk tindakan lanjut.

"Hembusan nafas EBA-II dibuat di BSPTD Ipoh (Unit Penguatkuasaan) mendapati kandungan alkohol dalam badan suspek adalah sebanyak 200mg/100 mililiter darah iaitu melebihi had yang ditetapkan,” katanya.

Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 44(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. - Bernama

 

Artikel Berkaitan:

 

 

 

 

 

Ringkasan AI

  • Seorang anggota polis cedera akibat kemalangan selepas motosikalnya dihimpit oleh pemandu kereta mabuk di Ipoh
  • Konstabel Muhammad Jasrol Aiman Jasni, 24, cedera pada tangan
  • Pemandu kereta berusia 60 tahun tidak cedera
  • Kemalangan berlaku di Lorong Bercham 1 apabila kereta menghimpit motosikal polis
  • Pemandu kereta ditemui memandu melebihi had alkohol yang ditetapkan

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!