Muhyiddin adakan pertemuan khas dengan Ahli Parlimen Bersatu - Sumber

SHAH ALAM - Sumber dalaman Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) mengesahkan satu pertemuan khas melibatkan Tan Sri Muhyiddin Yassin dan semua ahli Parlimen parti itu bakal diadakan dalam masa terdekat.
Menurutnya, perjumpaan berkenaan tidak disertakan dengan sebarang makluman rasmi mengenai agenda yang akan dibincangkan pada hari tersebut.
“Saya boleh sahkan bahawa Tan Sri Muhyiddin Yassin akan berjumpa dengan ahli-ahli Parlimen Bersatu, itu memang benar.
“Saya tidak mahu komen lebih lanjut, nanti jadi panjang pula ceritanya,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Jumaat.
Sebelum ini, satu surat jemputan memaklumkan bahawa bekas Perdana Menteri itu akan mengadakan perjumpaan khas bersama semua Ahli Parlimen Bersatu pada Selasa.
Surat berkenaan turut meminta semua penerima agar mengesahkan kehadiran mereka sebelum Sabtu ini.
Perjumpaan tersebut dijadualkan akan berlangsung pada jam 8 malam di kediaman Muhyiddin.
Mengulas mengenai jangkaan kehadiran, sumber tersebut berkata, beliau tidak mempunyai maklumat berhubung perkara itu.
“Tidak ada. Soal siapa yang akan hadir itu, saya tidak tahu,” ujarnya.
Ringkasan AI
- Satu pertemuan khas melibatkan Tan Sri Muhyiddin Yassin dan semua ahli Parlimen Bersatu bakal diadakan dalam masa terdekat
- Perjumpaan itu tidak disertakan dengan sebarang makluman rasmi mengenai agenda yang akan dibincangkan
- Surat jemputan sudah dihantar kepada semua Ahli Parlimen Bersatu untuk perjumpaan pada Selasa
- Semua penerima dikehendaki mengesahkan kehadiran mereka sebelum Sabtu
- Perjumpaan tersebut dijadualkan akan berlangsung pada jam 8 malam di kediaman Muhyiddin
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

