Ewon mula jelajah pertama, bidas penjelasan kerajaan tentang hak Sabah

Ewon ketika berucap sempena pelancaran Konvensyen Rakyat dan Jelajah Sabah First di Penampang pada Khamis malam. Foto Ewon Benedick
Ewon ketika berucap sempena pelancaran Konvensyen Rakyat dan Jelajah Sabah First di Penampang pada Khamis malam. Foto Ewon Benedick
A
A
A

PENAMPANG - Datuk Ewon Benedick yang meletakkan jawatan sebagai menteri Kabinet memulakan jelajah pertamanya dengan membidas kerajaan Persekutuan.

Beliau yang juga Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) melahirkan rasa kurang senang terhadap jawapan dan penjelasan kerajaan berhubung isu hak 40 peratus Sabah.

"Kenapa saya berkeras dalam hal ini? Kerana, kalau penjelasan itu datang daripada Perdana Menteri kepada rakyat biasa, itu pada saya Perdana Menteri seolah-olah sangat tidak memahami perkara hak 40 peratus Sabah. Kerana mahu dicampur-aduk dengan tanggungjawab persekutuan.

"Kalau rakyat biasa, pegawai biasa saya boleh faham. Ini datang daripada Perdana Menteri sendiri. 'RM17 bilion diberi kepada Sabah', lebih besar dari pungutan (Hasil Sabah). Ini bukan apa yang ada di dalam Perlembagaan," katanya ketika berucap sempena pelancaran Konvensyen Rakyat dan Jelajah Sabah First di Penampang pada Khamis malam.

Ewon ketika pelancaran Konvensyen Rakyat dan Jelajah Sabah First di Penampang pada Khamis malam. Foto Ewon Benedick
Ewon ketika pelancaran Konvensyen Rakyat dan Jelajah Sabah First di Penampang pada Khamis malam. Foto Ewon Benedick

Ewon turut mengulas isu perletakan jawatannya dan memaklumkan keputusan itu perkara terbaik yang pernah beliau lakukan sepanjang menjadi Presiden UPKO.

"Tidak lagi terbeban bahu ini. Bayangkan UPKO mahu guna logo bertanding, kalau diundi sudah tentu tiga parti lain tidak bersetuju dengan kita.

"Tapi anak muda ini bertegas demi rakyat Sabah dan memutuskan biar kita di Sabah dengan rakan-rakan kita di Sabah," katanya.

Artikel Berkaitan:

Pada Ahad lalu, tular di media sosial rakaman Perdana Menteri menjawab soalan orang awam yang bertanya bilakah kerajaan Persekutuan mahu membayar 40 peratus hak Sabah.

Sebelum itu, tular di media sosial rakaman Perdana Menteri menjawab soalan rakyat mengenai 40 peratus hak Sabah, dan mengulangi penjelasan di Parlimen pada Khamis lalu.

 

Ringkasan AI

  • Datuk Ewon Benedick memulakan jelajah dengan membidas kerajaan Persekutuan berkenaan isu hak 40 peratus Sabah
  • Beliau melahirkan rasa kurang senang dengan jawapan kerajaan terhadap isu tersebut
  • Mengkritik Perdana Menteri kerana tidak memahami perkara hak 40 peratus Sabah
  • Menganggap perletakan jawatannya sebagai menteri Kabinet sebagai keputusan terbaik
  • Menekankan pentingnya memperjuangkan hak Sabah tanpa bergantung pada logo parti tertentu dalam pemilihan

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!