PRN Sabah: Orang Sabah tidak boleh 'dibeli' dengan roti Gardenia - Aliakbar

Aliakbar (kiri) semasa berkempen di kawasan DUN Karambunai yang ditandinginya.
Aliakbar (kiri) semasa berkempen di kawasan DUN Karambunai yang ditandinginya.
A
A
A

KOTA KINABALU - Calon Perikatan Nasional (PN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Karambunai, Datuk Dr Aliakbar Gulasan menegaskan bahawa rakyat Sabah tidak boleh ‘dibeli’ hanya dengan roti Gardenia ataupun wang ringgit.

Beliau menegaskan perkara itu menerusi satu video yang dimuat naik di laman sosialnya, dipercayai sebagai respons kepada isu tular membabitkan seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di Semenanjung yang mendakwa kempen di Sabah hanya memerlukan pemberian roti Gardenia.

"Pesanan saya, orang Sabah bukan boleh disogok-sogok. Bukan boleh dijual beli. Orang Sabah bukan orang yang murah.

“Namun, orang Sabah adalah orang yang bermaruah. Bukan hanya roti Gardenia, harta dengan duit pun orang Sabah tidak boleh dijual beli," tegasnya dalam video tersebut.

Tambahnya, rakyat Sabah hari ini jauh lebih bijak menilai dan mempunyai maruah tersendiri dalam menentukan undi pada Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN17).

Aliakbar semasa berkempen di kawasan DUN Karambunai yang ditandinginya.
Aliakbar semasa berkempen di kawasan DUN Karambunai yang ditandinginya.

"Orang Sabah sudah bijak, orang Sabah ada maruah. Orang Sabah ada nilai. Orang Sabah pandai buat keputusan berdasarkan pada akal dan juga pemikiran yang sihat. Sahabat semua, undilah PN," katanya.

Sebelum itu, Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Kesihatan Kedah, Mansor Zakaria memohon maaf atas ucapannya di sidang DUN pada Rabu yang didakwa menghina rakyat Sabah semasa tempoh kempen PRN.

Artikel Berkaitan:

Video Mansor yang berucap dalam Sidang DUN mengenai usaha menarik perhatian rakyat Sabah seolah-olah menggambarkan ia semudah memberi roti Gardenia, merujuk kepada kempen pilihan raya negeri tersebut.

Kenyataan itu mengundang reaksi pelbagai pihak yang menganggap ucapan Mansor sebagai penghinaan kepada rakyat Sabah.

Ungkapan tersebut dipercayai merujuk kepada kebiasaan rakyat Sabah dan Sarawak yang berkunjung ke Semenanjung kemudian pulang dengan membawa ole-ole produk roti Gardenia untuk diberikan kepada saudara-mara dan rakan-rakan.

Ringkasan AI

  • Calon Perikatan Nasional Dewan Undangan Negeri Karambunai, Datuk Dr Aliakbar Gulasan menyatakan rakyat Sabah tidak dapat 'dibeli' dengan roti Gardenia atau wang
  • Beliau membalas terhadap video tular yang melibatkan anggapan rakyat Sabah mudah disogok dengan roti Gardenia semasa kempen
  • Aliakbar menegaskan, rakyat Sabah mempunyai maruah dan kebijaksanaan dalam menentukan pilihan mereka tanpa dipengaruhi harta
  • Rakyat Sabah dianggap bijak dan memiliki kemampuan membuat keputusan sendiri
  • Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Kesihatan Kedah, Mansor Zakaria sebelum ini meminta maaf atas ucapannya yang didakwa menghina rakyat Sabah mengenai kempen dengan roti Gardenia

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!