Peramal di Australia didakwa menipu warga Vietnam hampir RM189 juta

CANBERRA – Seorang ibu dan anak perempuannya di Sydney, Australia didakwa atas tuduhan menipu warga Vietnam sehingga hampir 70 juta dolar Australia (kira-kira RM189 juta), menurut laporan BBC.
Wanita berusia 53 tahun itu yang mengaku sebagai peramal dan pakar feng shui, didakwa menyasarkan mangsa mempunyai masalah kewangan.
Polis New South Wales menahan beliau bersama anak perempuannya yang berusia 25 tahun di kawasan mewah Dover Heights pada Rabu.
Kedua-duanya dipercayai terlibat dalam rangkaian penipuan dan pengubahan wang haram yang digambarkan pihak berkuasa sebagai sangat canggih.
Menurut polis, wanita tersebut meyakinkan mangsa untuk mengambil pinjaman dan beliau 'melihat' seorang jutawan akan membantu mereka tidak lama lagi, namun sebahagian daripada wang pinjaman itu telah diambil.
Ibu itu kini berdepan 39 pertuduhan termasuk mengarah aktiviti kumpulan jenayah dan memperoleh keuntungan kewangan melalui penipuan.
Dalam serbuan di rumah mewah mereka, polis merampas sejumlah dokumen kewangan, telefon bimbit, beg berjenama, emas seberat 40 gram bernilai kira-kira 10 ribu dolar Australia, serta cip kasino bernilai 6,600 dolar Australia.
Ringkasan AI
- Seorang ibu dan anak perempuannya di Sydney, Australia didakwa menipu warga Vietnam sehingga hampir 70 juta dolar Australia
- Wanita itu mengaku sebagai peramal dan pakar feng shui, menyasarkan mangsa dengan masalah kewangan
- Polis menahan mereka di kawasan mewah Dover Heights, terlibat dalam rangkaian penipuan dan pengubahan wang haram
- Wanita tersebut meyakinkan mangsa untuk mengambil pinjaman dengan janji bantuan dari seorang jutawan
- Ibu itu berdepan 39 pertuduhan termasuk penipuan dan mengarah aktiviti kumpulan jenayah
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

