Stor peralatan sukan SMK Jalan 3 Bangi terbakar

Sebuah stor peralatan sukan di SMK Jalan 3, Bangi musnah sepenuhnya dalam kebakaran pagi ini.- Gambar hiasan
Sebuah stor peralatan sukan di SMK Jalan 3, Bangi musnah sepenuhnya dalam kebakaran pagi ini.- Gambar hiasan
A
A
A

KUALA LUMPUR - Sebuah stor peralatan sukan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jalan 3 Bangi musnah dalam kebakaran pagi ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, tiada sebarang kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan dalam insiden itu.

Beliau berkata, bomba menerima panggilan kecemasan pada 6.54 pagi sebelum 16 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bangi dan Kajang bersama empat jentera digerakkan ke lokasi kejadian.

"Kebakaran melibatkan sebuah bangunan berkeluasan 20x60 kaki persegi yang dijadikan stor peralatan sukan. Bangunan itu didapati terbakar 100 peratus," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata api berjaya dikawal pada 7.07 pagi dan padam sepenuhnya pada 7.30 pagi. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Stor peralatan sukan di SMK Jalan 3 Bangi musnah dalam kebakaran
  • Tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan
  • Bomba menerima panggilan kecemasan pada 6.54 pagi
  • Bangunan berkeluasan 20x60 kaki persegi terbakar 100 peratus
  • Api dikawal pada 7.07 pagi dan padam sepenuhnya pada 7.30 pagi

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!