Pesawat tentera Turkiye terhempas

Serpihan pesawat tentera Turkiye yang terhempas di Georgia. - Foto AFP/Giorgi Arjevanidze
Serpihan pesawat tentera Turkiye yang terhempas di Georgia. - Foto AFP/Giorgi Arjevanidze
A
A
A

ANKARA - Sebuah pesawat tentera Turkiye yang terhempas di Georgia tidak sempat menghantar sebarang isyarat kecemasan sebelum kejadian, lapor akhbar prokerajaan Turkiye pada Khamis.

Memetik sumber tidak dinamakan, menurut laporan Sputnik/RIA Novosti, serpihan pesawat tersebut akan dibawa ke pangkalan udara Erkilet di Kayseri, Turkiye untuk siasatan teknikal.

Pada Selasa, Kementerian Pertahanan Turkiye berkata, pesawat pengangkut tentera Lockheed C-130 Hercules telah terhempas di Georgia.

Pada Rabu, Presiden Recep Tayyip Erdogan memaklumkan bahawa mayat 19 mangsa yang terkorban dalam nahas itu telah ditemukan.

Serpihan pesawat tentera Turkiye yang terhempas di Georgia. - Foto AFP/Giorgi Arjevanidze
Serpihan pesawat tentera Turkiye yang terhempas di Georgia. - Foto AFP/Giorgi Arjevanidze

Beberapa rakaman video yang dilaporkan dirakam oleh seorang pengembala dan dikongsi di media sosial menunjukkan bahagian ekor pesawat itu tercabut terlebih dahulu.

Badan utama pesawat empat enjin itu kemudian kelihatan berasap sebelum berpusing-pusing menjunam ke tanah, lapor akhbar berkenaan.

Analisis terhadap komunikasi radio kru dan data daripada kotak hitam pesawat dijangka akan mendedahkan butiran penting di sebalik kejadian itu, lapor akhbar Turkiye.

Artikel Berkaitan:

Saksi kejadian berkata, tiada letupan atau kebakaran berlaku semasa pesawat itu masih di udara.

Kebakaran hanya tercetus selepas ia terhempas, disertai dengan satu letupan, menurut laporan itu lagi.- Bernama-Sputnik/RIA Novosti

Ringkasan AI

  • Pesawat tentera Turkiye yang terhempas di Georgia tidak sempat menghantar isyarat kecemasan
  • Serpihan pesawat akan dibawa ke pangkalan udara Erkilet di Kayseri, Turkiye untuk siasatan
  • Pesawat Lockheed C-130 Hercules mengalami kemalangan dengan 19 mangsa terkorban
  • Rakaman video menunjukkan bahagian ekor pesawat tercabut sebelum pesawat berasap dan menjunam
  • Analisis komunikasi radio dan data kotak hitam dijangka mendedahkan maklumat kejadian

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!