Pesawat kargo tentera Turkiye terhempas di Georgia

ANKARA - Sebuah pesawat kargo tentera C-130 milik Turkiye yang dalam perjalanan dari Azerbaijan telah terhempas di Georgia, kata Presiden Turkiye pada Selasa, lapor Anadolu Ajansi.
"Kami amat sedih apabila mendapat tahu satu daripada pesawat tentera C-130 kami yang dalam perjalanan dari Azerbaijan ke negara ini telah terhempas berhampiran sempadan Georgia-Azerbaijan,” kata Presiden Recep Tayyip Erdogan pada satu majlis di ibu negara Turkiye, Ankara.
"Operasi mencari dan menyelamat kami teruskan dengan koordinasi bersama pihak berkuasa negara. Semoga Tuhan merahmati syuhada kita," tambahnya.
Kementerian Pertahanan juga menyatakan di X bahawa operasi mencari dan menyelamat telah dimulakan dengan koordinasi bersama pihak berkuasa Georgia.
Tiada maklumat mengenai berapa ramai orang yang berada di dalam pesawat itu atau mengenai kemungkinan kemalangan jiwa. - Bernama
Ringkasan AI
- Sebuah pesawat kargo tentera C-130 milik Turkiye terhempas di Georgia
- Pesawat tersebut dalam perjalanan dari Azerbaijan
- Presiden Recep Tayyip Erdogan mengumumkan berita nahas tersebut
- Operasi mencari dan menyelamat dilakukan dengan koordinasi pihak berkuasa Georgia
- Tiada maklumat tentang jumlah orang dalam pesawat atau kemungkinan kemalangan jiwa
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
