X

Kindly register in order to view this article
!

Lanjut tangguh aktiviti di masjid, surau seluruh Wilayah Persekutuan

Pengumuman Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan dalam Facebook Rasmi.
A
A

KUALA LUMPUR - Tempoh masa penangguhan semua aktiviti termasuk solat Jumaat dan solat jemaah di seluruh masjid dan surau di seluruh Wilayah Persekutuan dilanjutkan.

Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan menerusi kenyataan rasmi memaklumkan Ahli Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan bersetuju dengan resolusi Mesyuarat Jawatankuasa Muzakarah Khas Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia pada Mac 2020 lalu.

"Antara resolusi adalah penangguhan semua aktiviti masjid dan surau dilanjutkan sehingga 31 Mac 2020 atau mengikut ketetapan yang diputuskan oleh kerajaan.

"Bagi memastikan ketetapan baharu ini disampaikan kepada seluruh umat Islam di Wilayah Persekutuan dipatuhi dengan baik, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan menyerahkan kepada pertimbangan dan kebijaksanaan pihak Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) untuk mengambil tindakan sewajarnya demi kebaikan dan kemaslahatan umat Islam di Wilayah Persekutuan," katanya.

Katanya, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan menyeru seluruh umat Islam agar kembali kepada ALLAH dengan memperbanyakkan zikir, membaca al-Quran, sedekah, amal makruf dan nahi mungkar serta segala amalan soleh.

"Semoga dengannya kita semua mendapat rahmat dan pemeliharaan dari ALLAH sehingga menjadi sebab agar musibah ini diangkat-Nya dan kita semua bebas sepenuhnya daripada wabak virus Covid-19," katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!