Ops Covid-19: Polis gempur Desa Aman Puri

Antara rampasan dadah dan peralatan menghisap dadah dalam serbuan Ops Covid-19 di kawasan Pangsapuri Desa Aman Puri, Selangor malam tadi.
Antara rampasan dadah dan peralatan menghisap dadah dalam serbuan Ops Covid-19 di kawasan Pangsapuri Desa Aman Puri, Selangor malam tadi.
A
A
A

GOMBAK - Polis menahan 19 individu menerusi Ops Covid-19 selepas menggempur kawasan Pangsapuri Desa Aman Puri di sini malam tadi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Selangor, Asisten Komisioner R Sundralingam berkata, operasi bermula jam 9 malam itu dilaksanakan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) dan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Selangor serta Jabatan Imigresen Putrajaya.

Menurutnya, seramai 19 individu berusia 30 hingga 53 tahun yang ditahan termasuk membabitkan 17 warga asing.

"Operasi ini juga berjaya mengesan tiga suspek iaitu dua warga tempatan termasuk seorang wanita serta seorang wanita Thailand terlibat dalam kes dadah.

"Kita telah merampas dadah disyaki syabu 55 gram, eramin 5 (200 biji) dan ganja (10 gram) dianggarkan bernilai RM10,000," katanya kepada Sinar Harian hari ini.


Antara yang ditahan dalam Ops Covid-19 di kawasan Pangsapuri Desa Aman Puri, Selangor malam tadi.
Antara yang ditahan dalam Ops Covid-19 di kawasan Pangsapuri Desa Aman Puri, Selangor malam tadi.

Beliau berkata, dipercayai dua warga tempatan itu terlibat dalam kegiatan pengedaran dadah, manakala warga Thailand yang ditahan di rumah berasingan itu kerana kesalahan penyalahgunaan dadah.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Artikel Berkaitan:

Mengulas lanjut, berhubung tangkapan lain, Sundralingam berkata, semakan mendapati warga asing yang ditahan terdiri daripada sembilan warga Afrika, Myanmar (2), Thailand (4) dan Sri Lanka (2).

Katanya, seramai lima warga asing didapati tinggal lebih masa dan enam tidak memiliki dokumen.