Kontraktor 'kantoi' sumbat kelapa dalam konkrit tiang elektrik

Kelapa dimasukkan dalam bancuhan simen untuk membuat tiang elektrik di Desa Sarang Burung Usrat, Sambas, Kalimantan Barat, Indonesia. - Agensi
Kelapa dimasukkan dalam bancuhan simen untuk membuat tiang elektrik di Desa Sarang Burung Usrat, Sambas, Kalimantan Barat, Indonesia. - Agensi
A
A
A

SAMBAS - Penduduk di Desa Sarang Burung Usrat, Sambas, Kalimantan Barat, Indonesia gempar selepas video memperlihatkan keadaan tiang elektrik dicampur buah kelapa tua dan sabutnya tular di media sosial.

Video dimuat naik pengguna Facebook Fahri Aghifari pada 11 November menunjukkan bahagian dalam tiang yang pecah telah mendedahkan campuran adunan simen dan kelapa.

Fahri menyifatkan perbuatan itu sebagai cerminan budaya rasuah dalam projek pembinaan.

Beliau mendakwa tiang berkenaan hanya bertahan beberapa hari sebelum retak dan pecah akibat bahan binaan tidak mengikut standard.

“Simen tiga paket pun mahu dijadikan modal rasuah. Ketua projek dan perunding perlu disiasat,” katanya.

Menurut Fahri, niatnya hanya mahu memastikan projek pembinaan dilakukan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang betul.

Video berkenaan mencetuskan kemarahan orang ramai, dengan warganet mengkritik kelemahan pengawasan projek awam di Sambas.

Pihak berkuasa tempatan belum memberikan sebarang maklum balas berhubung isu tersebut. - Agensi

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Penduduk Desa Sarang Burung Usrat, Sambas, Kalimantan Barat, Indonesia gempar dengan video tiang elektrik dicampur kelapa
  • Video yang dimuat naik memperlihatkan adunan simen dan kelapa dalam tiang elektrik
  • Pengguna Facebook menyifatkan isu tersebut sebagai budaya rasuah dalam projek pembinaan
  • Tiang bertahan beberapa hari sebelum retak kerana bahan binaan tidak mengikut standard
  • Video mencetuskan kemarahan netizen mengenai pengawasan projek awam di Sambas

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!