Angka kematian Taufan Uwan meningkat 27 orang

Antara mangsa dibawa ke tempat selamat selepas kawasan di Manila dilanda Taufan Uwan. Foto AFP
Antara mangsa dibawa ke tempat selamat selepas kawasan di Manila dilanda Taufan Uwan. Foto AFP
A
A
A

MANILA - Angka kematian akibat taufan kuat Uwan (nama antarabangsa Fung-wong) di Filipina meningkat kepada 27 orang, menurut Majlis Pengurusan dan Pengurangan Risiko Bencana Negara (NDRRMC) pada Rabu, lapor Agensi Berita Filipina (PNA).

Agensi tindak balas bencana itu memaklumkan bahawa seramai 36 orang dilaporkan cedera manakala dua lagi masih hilang setakat ini.

Sebanyak 1,006,149 keluarga atau 3,596,174 orang yang tinggal di 9,643 barangay (daerah kecil) di 16 wilayah di seluruh negara terjejas, manakala 41,202 rumah rosak akibat taufan berkenaan. - Bernama-PNA

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Angka kematian akibat taufan Uwan di Filipina meningkat kepada 27 orang
  • Seramai 36 orang dilaporkan cedera
  • Dua lagi masih hilang
  • Sebanyak 1,006,149 keluarga atau 3,596,174 orang terjejas
  • Sejumlah 41,202 rumah rosak akibat taufan

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!