MetMalaysia keluar nasihat ribut tropika Fung-Wong

MetMalaysia memaklumkan ribut berkenaan kini dikesan bergerak ke arah utara barat laut dengan kelajuan 15km sejam serta kelajuan angin maksimum 111km sejam. - Gambar hiasan
MetMalaysia memaklumkan ribut berkenaan kini dikesan bergerak ke arah utara barat laut dengan kelajuan 15km sejam serta kelajuan angin maksimum 111km sejam. - Gambar hiasan
A
A
A

KOTA KINABALU - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan nasihat berkaitan ribut tropika kuat (Fung-Wong) yang dikesan pada jam 8 pagi di latitud 19.8 utara dan longitud 117.9 timur kira-kira 335 kilometer (km) ke arah barat laut Laoag City, Filipina.

Pusat Operasi Cuaca dan Gempa Bumi Nasional MetMalaysia memaklumkan ribut berkenaan kini dikesan bergerak ke arah utara barat laut dengan kelajuan 15km sejam serta kelajuan angin maksimum 111km sejam.

MetMalaysia memaklumkan jarak ribut dari bandar terdekat adalah kira-kira 1,439km ke timur laut Kudat, Sabah.

"Keadaan itu boleh menyebabkan angin kencang dan laut bergelora di kawasan perairan Laut China Selatan," menurut kenyataan itu.

Semasa membadai Filipina, Taufan Fung-Wong mengakibatkan 18 kematian dan 1.4 juta penduduk terpaksa berpindah. - Bernama

 

 

 

 

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Ribut tropika kuat Fung-Wong dikesan bergerak ke arah utara barat laut dengan kelajuan 15km sejam
  • Ribut tersebut memiliki kelajuan angin maksimum 111km sejam
  • Jarak ribut dari Kudat, Sabah adalah kira-kira 1,439km ke timur laut
  • Keadaan ribut boleh menyebabkan angin kencang dan laut bergelora di kawasan perairan Laut China Selatan
  • Taufan Fung-Wong menyebabkan 18 kematian dan 1.4 juta penduduk Filipina terpaksa berpindah

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!