PRN Sabah: Warisan kemuka lebih 60 peratus calon baharu

Shafie, Yusuf dan Fauziah antara calon PRN Sabah bagi Warisan.
Shafie, Yusuf dan Fauziah antara calon PRN Sabah bagi Warisan.
A
A
A

KOTA KINABALU - Anak kepada mantan Ketua Menteri Sabah, Fauziah Mohd Fuad Stephens antara muka baharu Parti Warisan (Warisan) pada Pilihan Raya Negeri Ke-17 (PRN-17) Sabah kali ini.

Fauziah dipilih mewakili parti itu di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bengkoka.

Selain itu Presidennya, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mempertahankan kerusi Senallang di Semporna manakala adiknya, Datuk Mohammad Yusof Apdal akan bertanding bagi kawasan Silam menggantikan penyandangnya, Dumi Masdal.

Bagaimanapun, timbalannya yang juga pengarah pilihan raya negeri parti itu, Datuk Darell Leiking memilih untuk tidak bertanding dan memberi laluan kepada Naib Presiden, Terrence Siambun untuk bertanding di kerusi panas Moyog.

Mohd Shafie berkata, Warisan mempertaruhkan tokoh dari pelbagai latar belakang dengan lebih daripada 10 peratus calon adalah wanita, manakala lebih 60 peratus merupakan muka baharu termasuk golongan muda dan profesional.

"Kita menampilkan pelbagai tokoh termasuk empat peguam, empat mantan bekas hakim, 14 jurutera, 16 pemegang ijazah Sarjana dan enam Doktor Falsafah (PhD).

"Gabungan mereka ini merupakan keperluan kepada masyarakat dan tenaga pengetahuannya penting kerana kita akan berhadapan bukan hanya di Sabah dan Putrajaya," katanya ketika berucap pada majlis penyampaian watikah calon-calon parti warisan di BSA Kolombong di sini pada Rabu.

Senarai calon Warisan PRN Sabah

1. Banggi - Zainal Romio

Artikel Berkaitan:

2. Bengkoka- Fauziah Mohd Fuad Stephens

3. Pitas- Datuk Harun Ismail

4. Tanjong Kapor- Terence Au Soon Fui

5. Matunggong - Jornah Mozihin

6. Bandau- Rizham Abdul Rahman

7. Tandek- Datuk Jilid Kuminding@Zainuddin

8. Pintasan - Abdullah Otong

9. Tempasuk- Mohd Khidir Lamsil

10. Usukan- Isnaraissah Munirah Majilis

11. Kadamaian- Norman Simon

12. Sulaman - Mokhtar Hussin

13. Pantai Dalit- Datuk Aliasgar Basri

14. Tamparuli - Dr Joseph Lee Han Kyun

15. Kiulu- Saibin Gunsari

16. Karambunai- Mentoh Aru

17. Darau- Azhar Matussin

18. Inanam- Edna Jessica Majimbun

19. Likas- Tham Yun Fook

20. Api-Api- Loi Kok Liang

21. Luyang- Samuel Wong Tshun Chuan

22. Tanjung Aru- Datuk Wong Hong Jun

23. Petagas- Datuk Uda Sulai

24. Tanjung Keramat- Mohammad Firdaus Diun

25. Kapayan- Chin Tek Ming

26. Moyog - Terrence Siambun

27. Limbahau- Roger Roy Valentine

28. Kawang- Mohd Shaffie Said

29. Pantai Manis- Datuk Aidi Mokhtar

30. Bongawan- Dr Daud Yusof

31. Membakut- Mohamad Said @ Ismail Sait

32. Klias- Mohd Shaid Othman

33. Kuala Penyu- Dr Monih Epin

34. Lumadan- Mohammad Norizhuan Awang

35. Sindumin- Yusri Pungut

36. Kundasang- Jeffrey Gopigog

37. Karanaan - Mukinin @ Mazlan Daiman

38. Paginatan- Juhaili Sidek

39. Tambunan- Bianus Kontong

40. Bingkor- Benedict Martin Gunir

41. Liawan- Adzhar Jasni @Eddy

42. Melalap- Cheld Bryen Lind

43. Kemabong- Burnley Balang

44. Tulid- Lucia Kihing

45. Sook- Joseph Peter Tinggi

46. Nabawan- Alfian A Koroh

47. Telupid- Simah Matusip

48. Sugut- Aspah Abdullah Sani

49. Labuk - Jafar Awang

50. Gum-Gum- Arunarnsin Taib

51. Sungai Manila- Sittinara Sakah

52. Sungai Sibuga- Nurlalsah Hassan Alban

53. Sekong - Alias Sani

54. Karamunting - Wong Tshun Khee

55. Elopura- Chong Ket Kiun

56. Tanjung papat- Thien Ching Qiang

57. Kuamut- Norfaizah Chua @ Gaiak Kiang

58. Lamag - Mohd Saifulah Lokman

59. Sukau - Azahari Rangon

60. Tungku- Assafal @ Samsul Kamal P Alian

61. Segama- Muhammad Abdul Karim

62. Silam- Datuk Mohammad Yusof Apdal

63. Kunak- Datuk Jasa @ Ismail Raudah

64. Sulabayan- Datuk Dr Jaujan Sambakong

65. Senallang- Datuk Seri Mohd Shafie Afdal

66. Bugaya- Jamil Hamzah

67. Balung - Frank Salazar @ Franco

68. Apas- Sarman Ahmad Simito

69. Sri Tanjong- Justin Wong Yung Bin

70. Kukusan- Mamun Sulaiman

71. Tanjung Batu- Ayuf Abdul Rahman

72. Merotai- Sarifuddin Hata

73. Sebatik - Manahing Tinggilani

 

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!