Belanjawan Pahang 2026 tawar langkah baharu, tambah baik inisiatif sedia ada

Wan Rosdy ketika sesi Program Town Hall Rakyat anjuran Sinar Harian dengan kerjasama Unit Komunikasi Strategik Negeri Pahang (UKS) di Dewan Datuk Seri Abdul Manan Ismail, Kuantan pada Selasa. Foto Rosli Talib
Wan Rosdy ketika sesi Program Town Hall Rakyat anjuran Sinar Harian dengan kerjasama Unit Komunikasi Strategik Negeri Pahang (UKS) di Dewan Datuk Seri Abdul Manan Ismail, Kuantan pada Selasa. Foto Rosli Talib
A
A
A

KUANTAN – Belanjawan Negeri Pahang 2026 bakal menyaksikan pelaksanaan beberapa langkah baharu, selain penambahbaikan inisiatif sedia ada.

Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail bagaimanapun berkata, semua pelaksanaan tertakluk kepada kemampuan kewangan negeri.

“Ada perkara baharu dan lama tetapi ditambah baik... jadi sudah tentu ada juga yang dinanti-nantikan oleh penjawat awam, contohnya bantuan kewangan.

"Sedikit perkara baharu sebelum ini tidak dilaksanakan akan diperkenalkan. Insya-ALLAH,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengadakan sidang akhbar selepas sesi Program Town Hall Rakyat anjuran Sinar Harian dengan kerjasama Unit Komunikasi Strategik Negeri Pahang (UKS) di Dewan Datuk Seri Abdul Manan Ismail pada Selasa.

Sebelum itu, Wan Rosdy menegaskan rancangan belanjawan dibuat secara teliti dan mengambil kira cadangan rakyat bagi memastikan setiap inisiatif memberi manfaat terus kepada masyarakat.

“Tuntutan-tuntutan begitu banyak, tetapi ia mesti sepadan dengan kedudukan kewangan.

"Kita akan belanja apa yang mampu selain daripada perbelanjaan yang telah ditetapkan, dan selebihnya akan dikembalikan kepada rakyat dalam pelbagai bentuk,” katanya.

Mengulas mengenai bantuan kewangan kepada penjawat awam Persekutuan, Wan Rosdy berkata, ia diberikan kepada golongan tertentu, khususnya mereka yang berpendapatan rendah dan sederhana.

Artikel Berkaitan:

Ujarnya, pemberian bantuan dilakukan secara berperingkat menggunakan mekanisme token bagi menyesuaikan jumlah penerima dengan kemampuan kewangan negeri.

"Buat masa ini Bahagian Kewangan Negeri juga sedang menjalankan simulasi kewangan bagi menentukan berapa jumlah bantuan dan penerima bagi setiap kategori gaji.

“Ini tanda keprihatinan kerajaan terhadap rakyat,” katanya.

 

 

Ringkasan AI

  • Belanjawan Negeri Pahang 2026 memperkenalkan langkah baharu dan meningkatkan inisiatif sedia ada
  • Pelaksanaan tertakluk pada kemampuan kewangan negeri
  • Perkara baharu yang belum dilaksanakan sebelum ini akan diperkenalkan
  • Rancangan belanjawan dibuat dengan mempertimbangkan cadangan rakyat
  • Bantuan kewangan diberikan secara berperingkat kepada penjawat awam dengan pendapatan rendah dan sederhana

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!