Lukisan artis Jepun dijual pada harga rekod AS$4.02 juta dalam lelongan

Seorang pengunjung menghadiri pameran yang menggunakan teknologi canggih untuk menghidupkan karya seniman ukiyo-e ikonik era samurai, Katsushika Hokusai. - Foto REUTERS
Seorang pengunjung menghadiri pameran yang menggunakan teknologi canggih untuk menghidupkan karya seniman ukiyo-e ikonik era samurai, Katsushika Hokusai. - Foto REUTERS
A
A
A

TOKYO - Lukisan seorang wanita berdiri di atas salji oleh artis ukiyo-e Jepun Katsushika Hokusai mencecah harga 621 juta yen (AS$4.02 juta) dalam satu lelongan di Tokyo, harga tertinggi yang pernah dibayar untuk satu daripada karyanya, menurut rumah lelong pada Selasa, lapor Agensi Berita Kyodo.

Pembida yang berjaya pada lelongan Sabtu lalu, yang dikendalikan oleh Tozai New Art Co., ialah Nitori Co., peruncit kelengkapan rumah utama Jepun yang berpangkalan di Sapporo, Hokkaido.

Katsushika Hokusai (1760-1849) adalah artis ukiyo-e terkemuka pada Era Edo Jepun, terkenal kerana menggambarkan Gunung Fuji dari pelbagai lokasi, termasuk Edo, yang kini dikenali sebagai Tokyo.

Lukisan itu, yang menggambarkan seorang wanita dipercayai gundik dari daerah hiburan Yoshiwara yang terkenal di Edo, dipercayai dihasilkan antara 1813 dan 1819, ketika Hokusai menggunakan nama samaran Taito.

Menurut syarikat itu, lukisan itu akan dipamerkan di Muzium Ukiyo-e Otaru, yang juga terletak di Hokkaido dan dikendalikan oleh Yayasan Kebudayaan Nitori. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Lukisan seorang wanita berdiri di atas salji oleh Katsushika Hokusai terjual dengan harga 621 juta yen dalam lelongan di Tokyo
  • Pembida yang berjaya adalah Nitori Co., peruncit kelengkapan rumah Jepun
  • Katsushika Hokusai adalah artis ukiyo-e terkemuka pada Era Edo, terkenal dengan lukisan Gunung Fuji
  • Lukisan tersebut dipercayai dihasilkan antara 1813 dan 1819 dan menggambarkan gundik dari Yoshiwara
  • Lukisan itu akan dipamerkan di Muzium Ukiyo-e Otaru di Hokkaido

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!