Rasuah projek pusat data: SPRM jumpa wang tunai RM7.5 juta dalam kotak, almari

SPRM menyita wang tunai berjumlah RM7.5 juta yang ditemui di sebuah rumah dalam serbuan sekitar Lembah Klang pada Khamis.
SPRM menyita wang tunai berjumlah RM7.5 juta yang ditemui di sebuah rumah dalam serbuan sekitar Lembah Klang pada Khamis.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyita wang tunai berjumlah RM7.5 juta yang ditemui di sebuah rumah dalam serbuan sekitar Lembah Klang pada Khamis.

Menurut sumber, wang tunai berkenaan yang kebanyakannya dalam not RM50 disimpan dalam beberapa kotak dan almari di rumah terbabit.

Katanya, serbuan tersebut dibuat susulan siasatan berkaitan kes rasuah membabitkan projek pembinaan pusat data bernilai kira-kira RM160 juta di Johor.

"Wang itu dipercayai bayaran rasuah yang diberikan kepada suspek sebagai balasan mendapatkan enam tender perolehan projek berkenaan.

"Siasatan awal mendapati suspek menetapkan kadar bayaran rasuah sebanyak 2.5 peratus bagi setiap tender yang diperoleh dua syarikat terlibat," katanya pada Jumaat.

Wang tunai berkenaan yang kebanyakannya dalam not RM50 disimpan dalam beberapa kotak dan almari di rumah terbabit.
Wang tunai berkenaan yang kebanyakannya dalam not RM50 disimpan dalam beberapa kotak dan almari di rumah terbabit.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Ahmad Khusairi Yahaya mengesahkan serbuan dan penemuan wang tunai tersebut.

Beliau berkata, wang berkenaan telah disita dan kes disiasat mengikut Seksyen 16(a)(A) dan Seksyen 17(A) Akta SPRM 2009 berkaitan kesalahan liabiliti korporat.

Artikel Berkaitan:

"Beberapa individu turut ditahan reman bagi membantu siasatan, SPRM sedang menjalankan siasatan lanjut," katanya.

Terdahulu, seorang pengurus kontrak, isterinya serta dua pengarah syarikat, masing-masing berusia lingkungan 40 hingga 60-an ditahan dalam beberapa tangkapan berasingan di sekitar Lembah Klang dalam operasi khas yang dijalankan.

Sinar Harian sebelum ini melaporkan bahawa pengurus kontrak berkenaan direman selama tujuh hari, isterinya direman tiga hari, manakala dua lagi suspek lelaki yang merupakan pengarah syarikat direman lima hari untuk siasatan lanjut.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!