Polis Thailand jejak suspek kedua kes tembak rakyat Malaysia

Polis Thailand kini mengesan Salip Samae, 27, adik kepada suspek utama yang sudah menyerah diri berhubung kes tembak mati seorang rakyat Malaysia di pekan Sungai Golok pada 1 November lalu. - Gambar hiasan
Polis Thailand kini mengesan Salip Samae, 27, adik kepada suspek utama yang sudah menyerah diri berhubung kes tembak mati seorang rakyat Malaysia di pekan Sungai Golok pada 1 November lalu. - Gambar hiasan
A
A
A

NARATHIWAT - Polis Thailand sedang mengesan seorang lagi suspek yang dipercayai terlibat dalam kes tembak mati seorang rakyat Malaysia di pekan Sungai Golok, selatan Thailand, pada 1 November lepas.

Ketua Polis Wilayah Narathiwat, Mej Jen Prayong Kotsakha berkata, suspek berkenaan dikenali sebagai Salip Samae, 27, yang merupakan penduduk tempatan di pekan itu.

Beliau berkata, siasatan mendapati Salip merupakan adik kepada seorang lagi suspek, Alif Samae, 31, yang telah menyerah diri kepada polis pada 2 November.

"Setakat ini, belum dapat dipastikan sama ada suspek memiliki dua kerakyatan atau sebaliknya. Jika dia melarikan diri ke negara jiran, kemungkinan besar laluan yang digunakan adalah laluan haram,” katanya kepada media Malaysia menerusi jurubahasa tempatan baru-baru ini.

Prayong berkata, pihaknya sedang giat mengesan suspek dan melaksanakan sekatan jalan raya bagi membantu siasatan serta menyelesaikan kes pembunuhan itu.

Pada 2 November lalu, media melaporkan seorang lelaki rakyat Malaysia maut ditembak dalam kejadian di sebuah rumah di pekan berkenaan. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Polis Thailand sedang mengesan suspek terlibat tembak mati rakyat Malaysia di Sungai Golok
  • Suspek dikenali sebagai Salip Samae, 27, penduduk tempatan
  • Salip merupakan adik kepada Alif Samae, suspek lain yang telah menyerah diri
  • Tidak pasti sama ada Salip memiliki dua kerakyatan atau melarikan diri ke negara jiran
  • Polis melakukan sekatan jalan raya untuk melacak suspek dan selesaikan kes pembunuhan

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!