Suspek tembak serah diri, bawa bersama pistol digunakan

Suspek ditahan selepas menyerahkan di i Balai Polis Sungai Golok, Thailand pada Ahad. Foto: Tular
Suspek ditahan selepas menyerahkan di i Balai Polis Sungai Golok, Thailand pada Ahad. Foto: Tular
A
A
A

GOLOK, THAILAND - Bekas pemain Kelantan FA tahun 2019 yang merupakan salah seorang suspek terlibat dalam kes tembak rakyat Malaysia, Mohd Fuad Fahmie Ghazali, 33, sehingga maut dalam kejadian di Kampung Bering, Sungai Golok di sini pada Sabtu telah ditahan.

Suspek dikatakan ditahan pada malam Ahad selepas tampil menyerahkan diri bersama pistol digunakan di Balai Polis Sungai Golok.

Jurucakap pasukan keselamatan memberitahu, semakan pihaknya mendapati suspek yang barusia 30-an mempunyai dua kerakyatan iaitu Thailand dan Malaysia.

Sebelum itu Sinar Harian melaporkan seorang rakyat Malaysia yang parah ditembak di sebuah rumah di Sungai Golok, Thailand dilaporkan meninggal dunia pada malam Sabtu.

Mangsa, Mohd Fuad Fahmie yang berasal dari Kampung Kepas Apam, Pasir Mas meninggal dunia pada jam 9 malam ketika menerima rawatan di Hospital Sungai Golok selepas ditembak sebanyak 18 kali.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Bekas pemain Kelantan FA tahun 2019, Mohd Fuad Fahmie Ghazali terlibat dalam kes tembak rakyat Malaysia hingga maut
  • Suspek menyerahkan diri di Balai Polis Sungai Golok pada malam Ahad
  • Suspek mempunyai dua kerakyatan iaitu Thailand dan Malaysia
  • Seorang rakyat Malaysia parah ditembak dan meninggal dunia di Sungai Golok, Thailand
  • Mangsa meninggal dunia selepas ditembak sebanyak 18 kali di Hospital Sungai Golok

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!